Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Media sosial antara cabaran utama masyarakat masa kini – Awang Tengah
  • TEMPATAN

Media sosial antara cabaran utama masyarakat masa kini – Awang Tengah

Utusan Sarawak 5 hours ago
AMANAT…Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa menyampaikan amanat beliau pada majlis perasmian Seminar Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Peringkat Sarawak 2026 di Miri hari ini.

MIRI: Perkembangan teknologi digital dan media sosial yang pesat menjadi antara cabaran terbesar kepada masyarakat masa kini kerana berpotensi mencetuskan krisis moral, penyebaran fitnah dan pengaruh negatif terhadap generasi muda.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, masyarakat perlu lebih berwaspada dan memperkukuh pegangan agama serta nilai moral bagi menghadapi perubahan dunia yang semakin mencabar.

Menurut beliau, undang-undang syariah memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat yang berdisiplin, bertanggungjawab dan mempunyai jati diri yang kukuh.

“Cabaran teknologi hari ini bukan sahaja melibatkan kemajuan komunikasi, tetapi juga penyebaran fitnah, budaya individualistik dan pelbagai pengaruh negatif yang boleh menjejaskan pembentukan sahsiah generasi muda.

“Justeru, penguatkuasaan undang-undang syariah perlu dilihat sebagai usaha menyeluruh untuk memelihara akidah, membendung gejala sosial serta memperkukuh institusi keluarga,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Peringkat Sarawak 2026 di sini hari ini.

Awang Tengah turut menegaskan bahawa Sarawak yang terkenal dengan masyarakat majmuk perlu terus mengekalkan suasana aman dan saling menghormati melalui pendekatan yang matang, bijaksana serta berhemah.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada pegawai penguat kuasa agama dan agensi keselamatan yang terus menjalankan amanah dengan penuh dedikasi dalam menjaga kesucian agama serta keharmonian masyarakat.

Katanya, pembinaan generasi masa depan yang berilmu, berintegriti dan berakhlak mulia perlu bermula daripada institusi keluarga serta sistem pendidikan yang berteraskan nilai agama.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: RM152.7 juta diluluskan untuk 64 projek pembangunan Bukit Semuja
Next: Sarawak sasar lebih banyak penerbangan terus dari China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.