
WASHINGTON: Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda kawasan luar pantai Cuba pada Isnin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Anadolu Ajansi.
Gempa bumi berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
Tiada laporan mengenai kematian, kecederaan atau kerosakan ketara setakat ini.- Bernama-Anadolu