Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 35 pengamal media Sarawak perkasa kemahiran AI
  • TEMPATAN

35 pengamal media Sarawak perkasa kemahiran AI

Utusan Sarawak 7 hours ago
PESERTA Kelas Induk AI: Penggunaan Strategik, Produktiviti dan Kecekapan bergambar bersama sebelum program bermula di sebuah hotel terkemuka di Kuching, hari ini. 

KUCHING: Seramai 35 wartawan dan editor dari pelbagai organisasi media di Sarawak menyertai kelas induk kecerdasan buatan (AI) selama dua hari yang bermula hari ini bagi memperkukuh kemahiran serta kefahaman mereka terhadap penggunaan teknologi berkenaan dalam bidang kewartawanan.

Program Kelas Induk AI: Penggunaan Strategik, Produktiviti dan Kecekapan yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini menghimpunkan pengamal media dari pelbagai agensi untuk mendalami penggunaan AI secara strategik, selain meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam tugasan harian.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Business Events Sarawak (BESarawak), Jason Tan Chin Foo berkata, perkembangan teknologi AI menuntut pengamal media untuk terus menambah pengetahuan dan kemahiran agar mampu menyesuaikan diri dengan perubahan landskap industri media.

Menurutnya, pembelajaran berterusan dan perkongsian ilmu penting dalam membina ekosistem media yang lebih kukuh serta menyokong pertumbuhan industri acara perniagaan di Sarawak.

“Penggunaan teknologi baharu seperti AI dapat membantu menghasilkan laporan yang lebih bermakna dan memberi impak kepada masyarakat, selain meningkatkan pemahaman terhadap peranan industri acara perniagaan dalam pembangunan ekonomi dan perkongsian pengetahuan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA), Ronnie Teo berkata, pengamal media perlu melihat AI sebagai alat yang mampu membantu meningkatkan mutu kerja tanpa menjejaskan pertimbangan profesional yang menjadi asas kewartawanan.

Beliau berkata, teknologi tersebut boleh dimanfaatkan untuk memperkukuh penyelidikan, menghasilkan penceritaan yang lebih berkualiti serta membantu wartawan mengupas isu-isu penting yang memberi kesan kepada masyarakat.

“Kita perlu bergerak melangkaui amalan kewartawanan yang terlalu bergantung kepada bahan sedia ada dan menggunakan AI untuk menghasilkan laporan yang lebih mendalam serta bermakna kepada pembaca,” katanya.

Presiden Persatuan Wartawan Komanwel (CJA) Cawangan Sarawak, Nancy Nais pula berkata, penguasaan AI penting bagi memastikan pengamal media terus relevan dan berdaya saing dalam industri yang sentiasa berubah.

Menurutnya, penggunaan AI perlu disertai dengan pemahaman mengenai ketepatan maklumat, kredibiliti dan kepercayaan awam yang menjadi tunjang profesion kewartawanan.

Sepanjang program tersebut, peserta didedahkan kepada pelbagai aspek penggunaan AI dalam bilik berita termasuk penghasilan kandungan digital dan multimedia, pengesahan maklumat, penggunaan secara bertanggungjawab, etika serta kewartawanan berkepentingan awam. 

Program itu turut merangkumi simulasi bilik berita dan latihan amali bagi membantu peserta mengaplikasikan teknologi berkenaan dalam tugasan harian mereka.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sistem dalam talian diperkenal, tempoh proses permohonan EFS kini hanya satu bulan
Next: Pameran Raja Kita dan Betong Kitchen meriahkan program sambutan Hari Keputeraan Agong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.