Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sistem dalam talian diperkenal, tempoh proses permohonan EFS kini hanya satu bulan
  • TEMPATAN

Sistem dalam talian diperkenal, tempoh proses permohonan EFS kini hanya satu bulan

Utusan Sarawak 7 hours ago
RAKAMAN gambar kenangan selepas Mesyuarat Jawatankuasa EFS Bilangan 1 Tahun 2026 di Bilik Mesyuarat Melur, KPWK, Petra Jaya.

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak berjaya mempercepatkan tempoh pemprosesan permohonan dana Kumpulan Wang Wakaf Sarawak (EFS) daripada tiga hingga enam bulan kepada sekitar satu bulan sahaja melalui pelaksanaan sistem permohonan dalam talian yang baharu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, langkah transformasi digital itu secara langsung memudahkan ibu bapa menerima keputusan permohonan dan pembukaan akaun dengan lebih cepat, mudah, dan telus.

“Bermula tahun 2026, semua permohonan EFS wajib dilaksanakan secara dalam talian melalui portal Sarawak.gov.my yang disepadukan dengan sistem SarawakPASS.

“Sistem baharu ini bukan sahaja meningkatkan ketelusan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan, malah memudahkan ibu bapa membuat permohonan tanpa perlu hadir secara fizikal ke pejabat,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa EFS Bilangan 1 Tahun 2026 di Bilik Mesyuarat Melur, KPWK hari ini.

Mengulas mengenai pencapaian inisiatif tersebut, beliau memaklumkan bahawa bagi tempoh 1 Januari 2019 hingga 30 April 2026, sejumlah RM154.6 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Sarawak. 

“Setakat ini, sebanyak 154,648 anak Sarawak telah memiliki akaun EFS masing-masing.

“Bagi tahun 2026 pula, setakat 30 April lepas, seramai 5,230 anak Sarawak (60 peratus) daripada keseluruhan 8,743 yang layak telah mengemukakan permohonan.

“Kadar penyertaan ini dijangka akan terus meningkat memandangkan sebahagian besar ibu bapa masih berada dalam tempoh yang dibenarkan untuk memohon,” jelasnya.

Tambah beliau, pelaksanaan EFS 2.0 yang bekerjasama dengan Affin Bank bermula tahun lepas (2025) merupakan satu langkah strategik bagi memastikan dana yang disediakan memberikan pulangan yang lebih optimum kepada masa depan anak-anak Sarawak.

Struktur pelaburan EFS 2.0 merangkumi:

  • Affin Islamic Term Deposit-i: Peruntukan RM550 dengan jangkaan nilai RM1,004 selepas 18 tahun.
  • Affin Emas Account-i: Peruntukan RM450 dalam bentuk simpanan emas fizikal patuh Syariah dengan jangkaan nilai RM1,438 selepas 18 tahun.
  • Affin Protect-i: Perlindungan insurans percuma bernilai RM10,000 untuk ibu atau bapa pada tahun pertama.

Melalui unjuran terbaharu itu, setiap anak Sarawak yang layak berpotensi menikmati nilai simpanan keseluruhan melebihi RM2,400 apabila mencapai usia 18 tahun.

Selain kekosongan tempoh EFS yang dipendekkan katanya, manifesto kebajikan Kerajaan Sarawak turut menyaksikan lonjakan kecekapan dalam pengurusan Bantuan Ibu Bersalin (BIB). 

“Tempoh memproses BIB berjaya dipendekkan daripada tiga bulan kepada hanya dua minggu.

“Pembayaran BIB kini disalurkan terus ke akaun SPay Global penerima yang layak, sekali gus mempercepatkan proses bayaran tunai RM450 tersebut,” ujarnya.

Untuk rekod, sejak diperkenalkan pada tahun 2020, seramai 99,260 ibu di Sarawak telah menerima manfaat BIB itu yang melibatkan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM44.6 juta.

KPWK komited akan terus memperkukuhkan usaha hebahan dan promosi di hospital, klinik kesihatan, Pejabat Daerah, serta Pusat Perkhidmatan Sarawak bagi memastikan semua golongan sasaran, khususnya di kawasan luar bandar, tidak ketinggalan daripada menerima faedah kebajikan ini.

Bagi ibu bapa yang menghadapi sebarang masalah teknikal berhubung sistem permohonan dalam talian yang baharu, bantuan boleh diperoleh di Pusat Perkhidmatan Sarawak, talian Talikhidmat Sarawak, atau hubungi KPWK di talian 082-374700.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Soo Tien Ren berundur sebagai Ketua DAPSY Stampin, Sylverster Lim Kai Bin ambil alih kepimpinan
Next: 35 pengamal media Sarawak perkasa kemahiran AI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.