Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • AirAsia pertingkat SOP CRD selepas berlaku insiden perjalanan
  • NASIONAL

AirAsia pertingkat SOP CRD selepas berlaku insiden perjalanan

Utusan Sarawak 7 hours ago
AIRASIA pertingkat SOP CRD selepas berlaku insiden perjalanan. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: AirAsia hari ini menyatakan ia membangunkan prosedur operasi standard (SOP) yang dipertingkat bagi peranti kerusi keselamatan kanak-kanak (CRD) yang diluluskan secara perubatan untuk kegunaan di dalam pesawat.

Selain itu, pihaknya turut menyerahkan SOP peranti itu kepada pihak berkuasa berkaitan bagi mendapatkan kelulusan.

Langkah berkenaan diambil susulan semakan semula ke atas keadaan di sebalik kegagalan sebuah keluarga untuk menaiki penerbangan AK1776 dari Singapura ke Kuching pada 26 Mei, 2026.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan semakan tersebut mengenal pasti peluang untuk memperkukuh proses sedia ada berkaitan penilaian CRD yang diluluskan secara perubatan dan keperluan perjalanan khusus yang lain.

Ketua Pegawai Keselamatan dan Kualiti AirAsia X Kapten Saravanan Subramaniam memohon maaf kepada keluarga terbabit atas kesulitan yang berlaku sambil menambah keputusan berkenaan dibuat berdasarkan keperluan keselamatan dan prosedur operasi yang diguna pakai berkuat kuasa pada masa itu.

“Walaupun kami sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memenuhi keperluan dan menyokong semua tetamu sebaik mungkin, terdapat situasi apabila pertimbangan keselamatan dan operasi akan menentukan pilihan yang tersedia,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata insiden berkenaan menyerlahkan peluang bagi syarikat penerbangan itu untuk mempertingkatkan prosesnya dan AirAsia tetap komited untuk memastikan dasarnya terus berkembang bagi memenuhi keperluan tetamu.

AirAsia menggalakkan para tetamu untuk merujuk halaman sokongan mereka bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai keperluan perjalanan serta panduan berkaitan keperluan perjalanan khusus. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: SPRM rekod 1,095 pertuduhan, 563 sabitan dari 2024 – Abd Halim
Next: Standard Penjagaan Kebangsaan warga emas dan OKU dijangka dilancarkan pada Oktober – Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.