Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perkim Lawas bakal miliki bangunan pejabat sendiri dalam perkemas program keagamaan, kemasyarakatan dan kebajikan di Lawas
  • TEMPATAN

Perkim Lawas bakal miliki bangunan pejabat sendiri dalam perkemas program keagamaan, kemasyarakatan dan kebajikan di Lawas

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERKIM LAWAS...Awang Tengah dan rombongan melihat sendiri perkembangan projek bangunan Perkim Lawas yang dijangka siap penghujung bulan Jun tahun ini.

LAWAS: Perkim Cawangan Lawas bakal memiliki bangunan sendiri bagi menjalankan aktiviti dan program yang melibatkan keagamaan, kemasyarakatan dan kebajikan di Lawas. 

Bangunan baru Perkim di Banting Lawas terletak bersebelahan dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PPDK) Lawas yang juga diasaskan oleh Perkim Cawangan Lawas. 

PERKIM LAWAS...Awang Tengah dan rombongan melihat sendiri perkembangan projek bangunan Perkim Lawas yang dijangka siap penghujung bulan Jun tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberitahu bahawa projek ini adalah sebahagiannya dibina oleh kontraktor daripada Syarikat Tektonic and Sons melalui program tanggungjawab sosial(CSR) mereka dan selebihnya melalui dana Perkim Cawangan Lawas sendiri. 

“Bangunan Perkim Lawas akan dijangka siap pada penghujung bulan ini dari segi strukturnya dan ianya mengandungi berbagai ruang untuk kemudahan mesyuarat, pentadbiran, kelas agama, kantin, asrama dan ruang untuk kedai runcit. 

PERKIM LAWAS...Awang Tengah dan rombongan melihat sendiri perkembangan projek bangunan Perkim Lawas yang dijangka siap penghujung bulan Jun tahun ini.

Projek bangunan Perkim Lawas ini adalah sebahagian besarnya adalah dibawah CSR oleh syarikat tektonic and sons jadi kita mengucapkan kepada syarikat saudara Atek Tektonic and Sons, ” katanya sewaktu melakukan lawatan kerja ke bangunan Perkim Cawangan Lawas di Banting petang semalam. 

PERKIM LAWAS...Awang Tengah dan rombongan melihat sendiri perkembangan projek bangunan Perkim Lawas yang dijangka siap penghujung bulan Jun tahun ini.

Turut serta, Pengerusi Perkim Cawangan Lawas Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud dan Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong , Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Datuk Pengiran Jawa,  Pengarah Agensi Pembangunan Utara Sarawak(NRDA) Datu Ubaidillah Latip, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Pengarah Urusan Tektonic and Sons Lee Chin Tek dan Pengurus Besar Sarawak Tourism and Trade Office Brunei(STATOB) Samat Junai dan kenamaan tempatan lainnya. 

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: 76 projek pembangunan, naik taraf sekolah di Sarawak bernilai RM4.53 bilion dilaksanakan – Nanta
Next: Michael Kong gesa tindakan segera atasi longkang terbiar di Lorong 10 Jalan Semaba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.