Pembangunan semula pekan Trusan akan menjadikannya sebagai bandar transit utama Lawas

Facebook
WhatsApp
MENINJAU TRUSAN…Awang Tengah sewaktu melawat tapak sementara peniaga kecil Trusan di kawasan dewan masyarakat Trusan, masjid Trusan dan jalan pintas yang baru di Trusan.

LAWAS: Pembangunan pekan Trusan melalui pelan pembangunan induknya akan menjadikan pekan Trusan sebagai bandar transit yang utama di Lawas. 

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kedudukan Trusan yang strategik berhampiran  negara jiran Brunei menjadikan ia  berpotensi besar dalam sektor pertanian, ternakan dan aktiviti ekonomi utama lain. 

MENINJAU TRUSAN…Awang Tengah sewaktu melawat tapak sementara peniaga kecil Trusan di kawasan dewan masyarakat Trusan, masjid Trusan dan jalan pintas yang baru di Trusan.

Pada masa yang sama,  pekan Trusan berpotensi menjadi pelabuhan darat untuk menempatkan lori-lori kargo yang memasuki Lawas dan pergi ke Brunei atau Sabah melalui jalan darat.  

“Pembangunan Trusan  berubah begitu cepat dan memilik potensi  besar dari segi pembangunan pertanian,industri ternakan  begitu besar dan sekarang beralih kepada digital ekonomi, kita perlu sama-sama berubah termasuk di Trusan,” katanya  sewaktu melawat tapak sementara peniaga kecil Trusan di kawasan dewan masyarakat Trusan petang semalam. 

Seterusnya, meninjau perlaksanaan kerja baik pulih masjid lama Trusan yang akan terus dipelihara walaupun masjid besar Trusan yang baru sedang dalam perlaksanaan. 

MENINJAU TRUSAN…Awang Tengah sewaktu melawat tapak sementara peniaga kecil Trusan di kawasan dewan masyarakat Trusan, masjid Trusan dan jalan pintas yang baru di Trusan.

Selain itu, beliau turut melihat kerja pembinaan jalan alternatif di Kampung Tengah Trusan untuk laluan pada waktu banjir. 

Awang Tengah turut duduk bersama qariah masjid Trusan untuk mendengar input dan permasalahan rakyat agar dapat diselesaikan secara bersama sebaik selesai menunaikan solat fardhu zohor. 

Turut hadir, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Setiausaha Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Datuk Pengiran Jawa, Pengarah NRDA Datu Ubaidillah Latip, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan Pengurus Besar STATOB Samat Junai. 

Oleh Adeng Edrus