Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan selepas positif dadah di Bau
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan selepas positif dadah di Bau

Utusan Sarawak 10 hours ago
DUA lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh polis di Bau.

BAU: Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine dalam ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A. Rahman berkata, kedua-dua suspek berusia 22 dan 30 tahun itu menjalani ujian saringan di pejabat BSJND IPD Bau antara 11.15 malam hingga 11.20 malam pada 7 Jun lalu.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Susulan itu, mereka ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Menurut beliau, tiada dadah atau barangan lain dirampas dalam operasi tersebut.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku kali terakhir mengambil syabu sehari sebelum ditahan.

“Semakan rekod lampau turut mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Kedua-dua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Bau bagi membantu siasatan lanjut.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: SPRM kesan penyelewengan lebih RM9 juta libat program Daya Kerjaya 2.0

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.