Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ngabang Gawai kukuhkan perpaduan, SUPP Lingga santuni komuniti Kampung Putat
  • Selatan
  • WILAYAH

Ngabang Gawai kukuhkan perpaduan, SUPP Lingga santuni komuniti Kampung Putat

Utusan Sarawak 8 hours ago
PROGRAM Ngabang Gawai di Rumah Wallace Beti, Kampung Putat, semalam. Foto: ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Tradisi ngabang sempena sambutan Gawai Dayak terus menjadi medium penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata aktiviti kunjung-mengunjung ketika musim perayaan bukan sahaja mengekalkan adat dan budaya masyarakat Dayak, malah menjadi platform untuk mengeratkan ikatan persaudaraan antara pemimpin dan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Ngabang Gawai di Rumah Wallace Beti, Kampung Putat, yang turut disertai rombongan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum kawasan Simanggang.

Menurut beliau, program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Putat, Pergerakan Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Lingga dan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN N.32 Simanggang itu memperlihatkan semangat kebersamaan yang menjadi tunjang keharmonian masyarakat di negeri ini.

“Tradisi Ngabang Gawai memberi peluang kepada kita untuk saling berkunjung, bertanya khabar dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan tanpa mengira latar belakang kaum atau agama,” katanya.

EMPAT JKKK dan sebuah biro wanita terima peruntukan RM22,000 untuk program komuniti. Foto: ADUN Simanggang

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata sambutan Gawai Dayak juga menjadi ruang terbaik untuk memperkasakan perpaduan masyarakat serta memelihara warisan budaya yang diwarisi sejak turun-temurun.

Beliau turut menyifatkan program berkenaan sebagai sebahagian daripada aktiviti tahunan SUPP Cawangan Lingga dalam meraikan Gawai Dayak bersama komuniti setempat serta mendekatkan parti dengan rakyat di peringkat akar umbi.

Pada majlis tersebut, Harden berkesempatan menyerahkan cek peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (MRP) kepada empat JKKK serta sebuah biro wanita.

Jumlah keseluruhan peruntukan yang disalurkan adalah sebanyak RM22,000 bagi membantu pertubuhan terbabit melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan dan pembangunan komuniti.

Harden berharap bantuan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memperkasa aktiviti masyarakat setempat, sekali gus menyumbang kepada pembangunan sosial yang lebih inklusif dan berterusan di kawasan Simanggang.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Ngabang erat hubungan pemimpin dan masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.