Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan perluas sumber bahan api global susulan konflik Asia Barat – KP MKN
  • NASIONAL

Kerajaan perluas sumber bahan api global susulan konflik Asia Barat – KP MKN

Utusan Sarawak 7 hours ago
KETUA Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin ditemui pemberita pada Majlis Program Kesepaduan Nasional @ Tumpat di Wat Machimmaram hari ini.

TUMPAT: Kerajaan sedang memperluas pencarian sumber bahan api dari pelbagai negara, sebagai langkah memastikan bekalan tenaga negara kekal stabil, susulan konflik berpanjangan di Asia Barat, kata Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin.

Beliau berkata usaha yang dipacu oleh Petronas itu, bertujuan memastikan bekalan bahan api negara terus mencukupi, meskipun berlaku ketidaktentuan dalam rantaian bekalan tenaga global akibat perkembangan geopolitik semasa.

“Dari segi bahan api, kita ada bekalan hingga penghujung Ogos dengan dipacu oleh Petronas, malah sekarang ini kita mencari sumber bahan api serata dunia untuk memastikan ia mencukupi.

“Alhamdulillah usaha ini nampaknya membuahkan hasil yang kita harapkan dan dari segi bekalan bahan api, kita tidak akan terkesan secara terlalu negatif,” katanya kepada pemberita selepas Program Kesepaduan Nasional di sini, hari ini.

Beliau berkata masyarakat juga mempunyai peranan penting dalam membantu menjamin kelangsungan bekalan bahan api dengan mengamalkan penggunaan secara berhemah dan mengelakkan pembaziran.

Selain itu, beliau menggesa pihak berkuasa memperketat usaha membanteras penyeludupan bahan api di kawasan sempadan bagi mengelakkan ketirisan yang boleh menjejaskan bekalan domestik.

“Selain itu, masyarakat pun perlu ambil inisiatif sendiri untuk memastikan tiada pembaziran dalam penggunaan bahan api dan keduanya di pihak kerajaan, agar mengetatkan lagi usaha mengekang penyeludupan bahan api di sempadan,” katanya.

Pada Mei, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata bekalan petrol dan diesel negara masih mencukupi ketika ini, meskipun konflik di Asia Barat dan keadaan ekonomi global memberi tekanan terhadap rantaian bekalan tenaga dunia.

Selain itu, kerajaan turut komited untuk mengekalkan harga minyak RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dilapor berkata hubungan baik Malaysia dengan beberapa negara termasuk Iran membantu memastikan laluan bekalan minyak negara melalui Selat Hormuz berjalan lancar setakat ini. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Kertas siasatan libatkan Azam Baki dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara
Next: Pusat penempatan TVET GITC dilancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.