
KUALA LUMPUR: Dua kertas siasatan melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M. Kumar dalam kenyataan hari ini berkata siasatan kes berkenaan telah diselesaikan dan kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada Khamis lepas.
Pada Rabu lepas, Kumar berkata PDRM telah merakamkan keterangan Azam mengikut peruntukan Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan.
Beliau berkata kes pertama membabitkan siasatan berhubung laporan artikel Bloomberg.com yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah tentang pemilikan saham Velocity Capital Partner Berhad.
Kes kedua pula berkaitan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan ugutan jenayah terhadap seorang ahli perniagaan, iaitu Albert Tei. – Bernama