Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 600 pelajar POLYCC ditauliah PISPA, berupaya bantu operasi kecemasan
  • NASIONAL

600 pelajar POLYCC ditauliah PISPA, berupaya bantu operasi kecemasan

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud (kanan) merasmikan pada Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam Kali Ke-74 Tahun 2026 di Ibu Pejabat Pertahanan Awam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia hari ini. Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Mohammad Abiddin Abd Rahman (kiri).

JASIN: Sebanyak 600 pelajar daripada Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) yang ditauliahkan menerusi Program Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) berupaya digerakkan bagi membantu operasi kecemasan dan bencana di peringkat komuniti.

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mohammad Abiddin Abd Rahman berkata pelajar berkenaan merupakan sebahagian daripada lebih 4,000 peserta seluruh negara yang mengikuti program itu dan berjaya menamatkan empat modul latihan ditetapkan. “Kesemua peserta yang ditauliahkan mempunyai keupayaan untuk bertindak sebagai ‘responder’ awal dalam komuniti serta boleh digerakkan bagi membantu operasi APM sekiranya berlaku kecemasan atau bencana.

“Pelajar yang menjalani program ini juga sebenarnya bersedia dan mampu untuk membantu pasukan sekiranya diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Kebangsaan sempena ‘POLYCC Malaysia Civil Defence Annual Camp and Commissioning’ (MalCiDAC) 2026 di sini hari ini.

Majlis pentauliahan itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam. Mohammad Abiddin berkata program yang dilaksanakan bersama politeknik dan kolej komuniti itu dirangka bagi melahirkan generasi muda yang berilmu, berdisiplin, beretika serta mempunyai semangat kesukarelawanan yang tinggi selaras dengan keperluan negara.

Beliau berkata APM menyasarkan penubuhan sekurang-kurangnya satu platun PISPA di setiap institusi pengajian terlibat dengan keanggotaan sekitar 30 pelajar bagi memperluas penyertaan belia dalam bidang pengurusan kecemasan dan bantuan bencana.

Beliau berkata pelajar yang berjaya menamatkan program berkenaan turut berpotensi menyertai APM secara sepenuh masa pada masa hadapan sekiranya berminat untuk meneruskan kerjaya dalam pasukan itu.

“Mereka yang ditauliahkan terdiri daripada Pegawai Kadet PISPA yang berjaya menamatkan latihan sepanjang dua tahun pengajian dengan pangkat sebagai Staf Muda Pertahanan Awam (SM) dalam pasukan APM,” katanya.

Sementara itu, majlis berkenaan bagi meraikan kira-kira 150 pelajar daripada POLYCC di seluruh negara dan sebuah institusi swasta yang berjaya menamatkan latihan masing-masing serta penyampaian empat Anugerah Pegawai Kadet PISPA Kategori Politeknik dan Kolej Komuniti dengan Kontinjen Selangor dinobatkan sebagai juara keseluruhan. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Agong berkenan kurnia pingat dan darjah kepada 107 penerima sempena Hari Keputeraan Rasmi
Next: Kertas siasatan libatkan Azam Baki dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.