Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan MSM dijangka cenderung menurun minggu depan
  • BISNES

Niaga hadapan MSM dijangka cenderung menurun minggu depan

Utusan Sarawak 6 hours ago
NIAGA hadapan minyak sawit mentah (MSM)dipengaruhi harga minyak mentah lebih lemah dan sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang laporan penting daripada industri.

KUALA LUMPUR: Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan, dipengaruhi harga minyak mentah yang lebih lemah dan sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang laporan penting daripada industri.

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata para peniaga akan memantau laporan bulanan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang dijadualkan pada 10 Jun, kerana ia dijangka memberikan petunjuk baharu mengenai hala tuju pasaran.

Walaupun perkembangan dalam pasaran minyak mentah akan terus dipantau, beliau berkata ia tidak mungkin menjadi pemacu utama kepada harga minyak sawit melainkan terdapat penurunan ketara dalam pasaran tenaga.

“Laporan MPOB akan menjadi fokus utama para peniaga pada minggu depan dan dijangka memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju harga.

“Bagaimanapun, jika minyak mentah berdepan pembetulan harga yang ketara, ia berkemungkinan besar akan memberi kesan kepada sentimen penurunan harga dalam pasaran minyak sawit,” katanya kepada Bernama.

Berdasarkan keadaan itu, Ng menjangkakan harga MSM akan diniagakan dalam julat RM4,450 setan hingga RM4,580 setan pada minggu depan.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Jun 2026 meningkat RM22 kepada RM4,492 setan, manakala kontrak Julai 2026 dan September 2026 masing-masing melonjak RM23 kepada RM4,526 setan dan RM4,584 setan.

Kontrak Ogos 2026 meningkat RM19 kepada RM4,554 setan, kontrak Oktober 2026 naik RM26 kepada RM4,616 setan dan kontrak November 2026 bertambah RM27 kepada RM4,647 setan.

Jumlah dagangan mingguan mengukuh kepada 298,261 lot daripada 257,062 lot pada minggu lepas, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 293,957 kontrak daripada 285,715 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Jun Selatan meningkat RM30 kepada RM4,520 setan. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dijangka uji semula paras 1,700
Next: Niaga hadapan emas dijangka pada AS$4,400 hingga AS$4,500 minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.