Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 7 terkorban dalam letupan lombong arang batu di tengah Colombia
  • GLOBAL

7 terkorban dalam letupan lombong arang batu di tengah Colombia

Utusan Sarawak 5 hours ago
TRAGEDI lombong arang batu di Colombia meragut tujuh nyawa selepas letupan dipercayai berpunca daripada pengumpulan gas bawah tanah.

BOGOTA: Tujuh pelombong maut selepas satu letupan berlaku di sebuah lombong arang batu di wilayah Cundinamarca, tengah Colombia, disahkan pihak berkuasa tempatan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Letupan itu berlaku pada petang Khamis di sebuah lombong di perbandaran Sutatausa, menurut media tempatan. Maklumat awal menunjukkan kejadian berpunca daripada pengumpulan gas di bawah tanah.

Pasukan penyelamat dihantar ke lokasi sejurus selepas kemalangan berlaku.

Gabenor Cundinamarca Jorge Emilio Rey Angel menerusi media sosial menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan turut mendedahkan nama pelombong yang terkorban.

Beliau berkata Agensi Perlombongan Kebangsaan Colombia akan membuka siasatan rasmi bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan itu.

Kemalangan perlombongan bukan perkara luar biasa di tengah Colombia, apabila terdapat pengusaha lombong yang gagal mematuhi sepenuhnya peraturan keselamatan.- Bernama-Xinhua 

Continue Reading

Previous: Puteri Mahkota Norway dimasukkan dalam senarai menunggu pemindahan paru-paru
Next: Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud gegarkan beberapa bahagian Bicol, Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.