Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pegawai polis ditemukan meninggal dunia di kediaman 
  • SEMASA

Pegawai polis ditemukan meninggal dunia di kediaman 

Utusan Sarawak 3 hours ago
KETUA Polis Daerah Sibu ACP Azari Miskon.

SIBU: Seorang pegawai polis berusia 45 tahun ditemukan meninggal dunia di bilik tidur utama tingkat dua kediamannya di Jalan Kampung Nangka, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Azari Miskon berkata, mayat mangsa dijumpai isterinya sekitar 6.50 petang semalam yang kemudiannya terus menghubungi polis.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan luaran dan tiada tanda pergelutan,” ujarnya menerusi kenyataan, hari ini.

Azari memberitahu, mangsa dipercayai telah mengalami masalah kemurungan sejak Januari lalu dan masih mendapatkan rawatan di klinik swasta serta kali terakhir mangsa telah berjumpa pakar psychiatric pada 20 Mei lalu.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Mayat si mati telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sultan Brunei rombak Kabinet, Pengiran Muda Abdul Mateen dilantik Menteri Luar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.