Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JKR Sarawak seru orang ramai jaga kebersihan Jambatan Batang Lupar 1
  • TEMPATAN

JKR Sarawak seru orang ramai jaga kebersihan Jambatan Batang Lupar 1

Utusan Sarawak 4 hours ago
JKR Sarawak menyeru orang ramai menjaga kebersihan Jambatan Batang Lupar 1 demi kelestarian mercu tanda negeri. Foto: JKR Sarawak

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menyeru orang ramai agar bersama-sama memelihara kebersihan dan keindahan Jambatan Batang Lupar 1 yang menjadi salah satu mercu tanda kebanggaan negeri ini.

Menerusi satu poster kesedaran yang dikongsikan, JKR Sarawak menegaskan bahawa Jambatan Batang Lupar 1 adalah aset awam yang dimiliki dan dinikmati bersama oleh rakyat Sarawak, justeru kebersihannya perlu dijaga oleh semua pihak.

Poster tersebut memaparkan keadaan laluan pejalan kaki di jambatan berkenaan yang dicemari sampah sarap, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap tahap kesedaran sivik segelintir pengguna kemudahan itu.

Menurut JKR Sarawak, menjaga kebersihan jambatan bukan sahaja penting untuk memastikan persekitaran yang selesa dan selamat, malah turut mencerminkan imej serta budaya masyarakat Sarawak yang bertanggungjawab.

Agensi itu turut mengingatkan orang ramai supaya menunjukkan sikap bertanggungjawab dan berhemah dengan tidak membuang sampah merata-rata di kawasan jambatan dan kemudahan awam lain.

Selain itu, kebersihan Jambatan Batang Lupar 1 juga dilihat penting dalam mengekalkan statusnya sebagai mercu tanda kebanggaan negeri serta tarikan yang menjadi perhatian pengunjung.

JKR Sarawak berharap semua pengguna jalan raya dan pengunjung dapat memainkan peranan masing-masing dalam memastikan kemudahan awam yang dibangunkan dengan kos yang tinggi terus berada dalam keadaan bersih dan terpelihara.

“Jaga kebersihan, jaga imej Sarawak” menjadi mesej utama kempen tersebut sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai tanggungjawab bersama dalam menjaga kemudahan awam demi manfaat generasi akan datang.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JKR Sarawak nafi dakwaan Jambatan Batang Lupar 1 ditutup semula
Next: Uggah mahu generasi muda terus martabatkan, pelihara warisan budaya Iban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.