Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel turun bagi temph 4 hingga 10 Jun
  • SEMASA

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel turun bagi temph 4 hingga 10 Jun

Utusan Sarawak 3 hours ago
INFOGRAFIK… Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing mencatatkan penurunan bagi tempoh 4 hingga 10 Jun ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing mencatatkan penurunan bagi tempoh 4 hingga 10 Jun ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit RON97 turun sebanyak 30 sen iaitu daripada RM4.65 kepada RM4.35 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi turun 20 sen daripada RM3.92 kepada RM3.72 seliter.

Harga diesel di Semenanjung Malaysia pula ditetapkan pada RM4.67 seliter berbanding RM4.87 seliter sebelum ini, iaitu penurunan sebanyak 20 sen.

Menurut MOF, pelarasan harga runcit baharu itu adalah selaras dengan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) bagi minggu ini yang diturunkan berikutan penyusutan purata harga pasaran antarabangsa minggu terdahulu.

Dalam tempoh sama, kerajaan MADANI mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar kepada rakyat dan sektor tertentu, meliputi RON95 (BUDI95) pada RM1.99 seliter, diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pada RM2.15 seliter, Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) pada RM2.05 seliter serta Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pada RM2.15 seliter.

Menurut kenyataan itu, pada harga RON95 tanpa subsidi semasa RM3.72 seliter, penggunaan 200 liter akan menelan kos RM744.

“Ini bermakna Kerajaan MADANI menanggung sehingga RM346 bagi setiap penerima yang menggunakan kelayakan penuh BUDI95. Namun, dengan siling kelayakan bulanan sehingga 200 liter, penerima BUDI95 hanya membayar sehingga RM398 sebulan bagi penggunaan penuh kelayakan tersebut.

“Harga diesel tanpa subsidi RM4.67 seliter pula merupakan lebih dua kali ganda harga diesel bersubsidi RM2.15 seliter, bagi mengurangkan impak harga diesel kepada rakyat melalui kos pengangkutan awam dan logistik barangan pengguna,” menurut kenyataan itu. 

MOF memaklumkan penurunan harga runcit minggu itu tidak mencerminkan pasaran petroleum global yang kembali stabil, sebaliknya risiko harga minyak mentah dan produk petroleum kekal tinggi dalam jangka sederhana berikutan konflik serta perkembangan semasa di Asia Barat.

“Mutakhir ini, negara-negara pengimport utama di Asia terpaksa meningkatkan pembelian minyak mentah daripada sumber alternatif bagi menampung gangguan bekalan dari Asia Barat. Walaupun import minyak mentah dari Amerika Syarikat ke Asia meningkat ke paras tertinggi, peningkatan tersebut masih belum mencukupi untuk menggantikan kehilangan bekalan melalui laluan perdagangan utama yang terjejas.

“Keadaan ini menunjukkan pasaran petroleum global masih berdepan kekangan bekalan fizikal, meskipun purata harga pasaran minggu terdahulu mencatatkan penyusutan. Sekiranya konflik berlarutan, risiko penyusutan inventori global dan kekurangan bekalan boleh memberi tekanan baharu kepada harga minyak mentah serta produk petroleum dalam tempoh mendatang,” menurut MOF.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan MADANI menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat bagi membantu keterjaminan bekalan negara.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Bekalan gas negara mencukupi bagi kegunaan domestik
Next: Jangan panik jika sesat di hutan, guna formula “STOP”

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.