Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Komuniti pelancongan Lembah Lenggong sedia sambut delegasi arkib antarabangsa
  • SEMASA

Komuniti pelancongan Lembah Lenggong sedia sambut delegasi arkib antarabangsa

Utusan Sarawak 3 hours ago
PALUAN rebana yang bergema memeriahkan suasana di Galeri Aki Aji apabila komuniti Kampung Chepor dan Kampung Lenggong hari ini mengadakan latihan persembahan sebagai persiapan menyambut kedatangan delegasi antarabangsa ke Lembah Lenggong. Komuniti pelancongan di Lembah Lenggong giat melakukan persiapan akhir bagi menerima kira-kira 200 delegasi antarabangsa daripada The Southeast Asia-Pacific Audiovisual Archive Association (SEAPAVAA) yang dijadual mengadakan lawatan ke kawasan itu pada 11 Jun ini. Foto Bernama

LENGGONG: Komuniti pelancongan di Lembah Lenggong giat melakukan persiapan akhir bagi menyambut kira-kira 200 delegasi antarabangsa daripada Persatuan Arkib Audiovisual Asia Tenggara dan Pasifik (SEAPAVAA) yang dijadual melawat ke kawasan itu pada 11 Jun ini.

Lawatan sehari yang dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia itu dijangka menghimpunkan alumni dan pakar arkib dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat serta rantau Asia Pasifik untuk meneroka keunikan warisan sejarah, budaya dan arkeologi yang menjadi identiti Lembah Lenggong.

Pemandu Pelancong Geo Lenggong Geopark Nor Hashimah Zainal Abidin berkata kunjungan berskala besar itu merupakan peluang terbaik untuk memperkenalkan produk pelancongan berasaskan komuniti yang dibangunkan penduduk setempat kepada masyarakat antarabangsa.

“Kami melihat lawatan ini sebagai platform penting untuk mengetengahkan kekuatan komuniti dalam memelihara dan mempromosikan warisan budaya serta sejarah Lenggong kepada delegasi dari seluruh dunia.

“Persiapan sedang dilakukan secara bersama melibatkan komuniti Kampung Chepor dan Kampung Lenggong bagi memastikan pengalaman yang bermakna dapat diberikan kepada para pelawat,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini. 

PALUAN rebana yang bergema memeriahkan suasana di Galeri Aki Aji apabila komuniti Kampung Chepor dan Kampung Lenggong hari ini mengadakan latihan persembahan sebagai persiapan menyambut kedatangan delegasi antarabangsa ke Lembah Lenggong. Komuniti pelancongan di Lembah Lenggong giat melakukan persiapan akhir bagi menerima kira-kira 200 delegasi antarabangsa daripada The Southeast Asia-Pacific Audiovisual Archive Association (SEAPAVAA) yang dijadual mengadakan lawatan ke kawasan itu pada 11 Jun ini. Foto Bernama

Nor Hashimah yang juga Pengerusi Persatuan Agropelancongan Perak berkata delegasi akan memulakan lawatan di Galeri Aki Aji di Kampung Chepor yang menempatkan lebih 500 koleksi barangan antik dan artifak lama.

“Pelbagai demonstrasi warisan dan kebudayaan tradisional akan dipersembahkan termasuk tarian tradisional, permainan gamelan serta demonstrasi menumbuk padi menggunakan lesung.

“Selain itu, delegasi turut berpeluang menyaksikan demonstrasi penyediaan makanan tradisional warisan Perak seperti ‘kebebe’ dan sira ubi yang menjadi antara identiti kulinari masyarakat Lenggong,” katanya. 

Nor Hashimah berkata selepas menikmati makan tengah hari yang ditaja di bawah Parlimen Lenggong, rombongan akan dibawa melawat Galeri Arkeologi Lembah Lenggong dan Muzium Lenggong bagi mendalami sejarah tamadun awal yang pernah berkembang di kawasan berkenaan.

“Keistimewaan Lenggong ialah sejarahnya yang berterusan tanpa terputus, sekali gus menjadikannya antara lokasi penting dalam kajian perkembangan tamadun manusia di rantau ini,” katanya.

Mengulas mengenai persiapan komuniti, beliau berkata penduduk kampung kini giat mengumpulkan ikon dan penggiat warisan tempatan bagi menjayakan pelbagai aktiviti yang dirancang sepanjang lawatan tersebut.

“Saya harap lawatan delegasi SEAPAVAA itu dapat membuka peluang kerjasama baharu serta meningkatkan lagi profil Lembah Lenggong sebagai destinasi pelancongan warisan dan komuniti bertaraf antarabangsa,” katanya. 

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah selamat tiba selepas tunai haji
Next: Rumah panjang miliki kelebihan sebagai produk pelancongan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.