Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM30,000 diluluskan naik taraf replika gong Kampung Quop, jadi mercu tanda baharu Stakan
  • Selatan
  • WILAYAH

RM30,000 diluluskan naik taraf replika gong Kampung Quop, jadi mercu tanda baharu Stakan

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Hamzah Ibrahim pada Majlis Perasmian Replika Gong dan Perarakan sempena sambutan Hari Gawai Dayak di persimpangan Jalan Rundim, Kampung Quop Dayak, hari ini. Foto: ADUN Stakan

KOTA SAMARAHAN: Usaha memelihara dan memperkasakan warisan budaya masyarakat Dayak terus mendapat perhatian apabila projek pembinaan replika gong di Kampung Quop Dayak bakal dinaik taraf sebagai mercu tanda baharu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Ibrahim berkata sebanyak RM30,000 telah diluluskan bagi membolehkan replika gong itu diperbesarkan dan ditambah baik bagi menjadikannya lebih menarik serta berdaya tarikan pada masa hadapan.

Beliau berkata replika gong tersebut bukan sekadar elemen hiasan, malah melambangkan identiti, sejarah dan kebanggaan masyarakat Dayak yang diwarisi turun-temurun serta perlu terus dipelihara oleh generasi muda.

“Dalam dunia yang semakin moden hari ini, usaha seperti ini amat penting dan sangat digalakkan supaya generasi muda terus mengenali dan menghargai akar umbi budaya mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Replika Gong dan Perarakan sempena sambutan Gawai Dayak di persimpangan Jalan Rundim, Kampung Quop Dayak, hari ini.

Hamzah turut menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen masyarakat Kampung Quop dalam mengekalkan adat resam dan budaya tradisional yang menjadi warisan komuniti tersebut sejak sekian lama.

Menurut beliau, penyertaan penduduk pelbagai peringkat usia dalam perarakan Gawai membuktikan semangat kecintaan terhadap warisan nenek moyang masih kukuh dan terus dipertahankan.

Beliau berkata lokasi replika gong itu juga mempunyai potensi besar untuk diketengahkan sebagai produk pelancongan komuniti yang mampu menarik kehadiran pengunjung luar ke kawasan tersebut.

Katanya, kewujudan replika itu bukan sahaja dapat memperkenalkan budaya masyarakat Bidayuh kepada pelawat, malah menjadi simbol perpaduan dan kebersamaan masyarakat setempat.

Sehubungan itu, beliau berharap usaha mempromosikan warisan budaya tempatan dapat dipertingkatkan bagi memastikan identiti masyarakat Dayak terus kekal relevan dan dihargai oleh generasi akan datang.

Pada majlis sama, Hamzah turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Kaum, jawatankuasa penganjur, pemimpin masyarakat serta seluruh warga Kampung Quop atas kejayaan menganjurkan program berkenaan.

Beliau berharap semangat sambutan Gawai Dayak tahun ini akan terus menyatukan masyarakat dalam suasana hormat-menghormati, saling memahami dan mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat yang menjadi kekuatan Sarawak selama ini.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Karnival Sukaneka Kampung Niup Darat semarak semangat perpaduan penduduk
Next: Budaya ‘ngabang’ perkukuh perpaduan kaum sempena Gawai Dayak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.