Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hanwha Aerospace gantung sebahagian operasi kilang Daejeon susulan letupan bawa maut
  • GLOBAL

Hanwha Aerospace gantung sebahagian operasi kilang Daejeon susulan letupan bawa maut

Utusan Sarawak 4 hours ago
KEADAAN lokasi kebakaran milik Hanwha Aerospace Co. di Daejeon. Foto: AGENSI

SEOUL: Hanwha Aerospace Co. dari Korea Selatan, anak syarikat pertahanan di bawah Hanwha Group, berkata hari ini bahawa syarikat itu menggantung sebahagian pengeluaran di kemudahan Daejeon selepas berlaku letupan di kilang berkenaan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Dalam pemakluman kepada pihak kawal selia, pengeluar senjata itu berkata pihaknya diarahkan oleh pihak berkuasa buruh supaya menghentikan operasi di kemudahan itu, susulan kemalangan serius di tempat kerja di bawah undang-undang keselamatan pekerjaan Korea Selatan.

Letupan itu mengorbankan lima orang dan mencederakan dua lagi, manakala polis melancarkan siasatan bersama bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Pegawai Hanwha berkata ketika letupan berlaku, pekerja sedang membersihkan sisa serbuk propelan daripada peralatan yang digunakan dalam pengeluaran sistem pendorongan.

Penyiasat merancang untuk mengenal pasti punca pencucuhan dan meneliti sama ada bahan mudah terbakar berada di lokasi kejadian.

Kilang Daejeon merupakan kemudahan pertahanan utama dan ditetapkan sebagai kilang pertahanan rahsia. 

Ia menghasilkan pelbagai sistem senjata, termasuk pelancar roket berganda Chunmoo dan peluru berpandu darat ke udara jarak jauh (L-SAM).

Menurut syarikat itu, barisan pengeluaran yang terjejas menjana pendapatan 1.32 trilion won (AS$870 juta) tahun lepas, iaitu 4.94 peratus daripada keseluruhan pendapatan Hanwha Aerospace sebanyak 26.7 trilion won. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Dua maut dalam nahas pesawat latihan tentera di Taiwan
Next: El Nino berkemungkinan muncul pada musim panas, meningkatkan risiko cuaca melampau – WMO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.