Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Peminat berang persembahan sulung Travis Scott di Istanbul hanya 20 minit
  • HIBURAN

Peminat berang persembahan sulung Travis Scott di Istanbul hanya 20 minit

Utusan Sarawak 8 hours ago
RAPPER Amerika Syarikat, Travis Scott.

ISTANBUL, Turkiye: Rapper Amerika Syarikat, Travis Scott, mencetuskan kemarahan peminat di Istanbul selepas persembahannya yang didakwa hanya berlangsung kira-kira 20 minit, dengan penonton dilaporkan mencemuh ketika beliau meninggalkan pentas awal pagi Isnin, menurut rakaman yang tular di media sosial.

Dalam jelajah pertamanya ke Turkiye, bintang hip-hop berusia 35 tahun itu membuat penampilan sulung di Istanbul pada lewat Ahad dan dijadual mengadakan satu lagi acara di pusat peranginan Izmir, di barat negara itu.

Acara di Istanbul itu dipromosikan sebagai “persembahan yang melangkaui konsert klasik” dengan kehadiran terhad kepada 2,500 peminat, menurut salah satu laman sesawang penjualan tiket yang menawarkan harga bermula AS$330.

Bahan promosi menjanjikan persembahan “DJ set & mic” selama 90 minit oleh rapper kelahiran Houston itu bermula pada 11.00 malam (2000 GMT), di samping persembahan beberapa artis kurang dikenali.

Bagaimanapun, peminat mendakwa Scott tiba kira-kira 90 minit lewat sebelum meninggalkan pentas selepas hanya membuat penampilan selama 20 minit, meskipun beliau merupakan artis utama acara berkenaan.

“Acara yang memalukan. Mereka kata dia akan bermula pada 11.00 malam, tetapi dia tiba pada 12.35 pagi. Kami menunggu berjam-jam sambil berdiri, dia menyanyikan satu lagu dan kemudian pergi. Kami membazirkan wang kami,” tulis seorang peminat, Ala Artan, di Instagram.

Peminat lain turut menuntut bayaran balik menerusi akaun Instagram penganjur, TemaCC, termasuk Orhan Jung yang mendakwa membayar lebih AS$1,000 untuk tiket VIP lebih dua kali ganda gaji minimum bulanan di Turkiye dan menyifatkan acara itu sebagai “satu penghinaan”.

“Tiada satu pun keistimewaan VIP yang dijanjikan diberikan. Travis muncul selama 10 minit dan kemudian pergi,” tulis Jung yang turut memuat naik beberapa hantaran dari lokasi acara sepanjang malam berkenaan.

Susulan bantahan itu, Scott memuat naik mesej di akaun Instagramnya dengan berkata: “Saya hanya datang untuk memeriahkan sebuah parti sempena hari istimewa seorang rakan.”

Beliau turut berkata tidak sabar untuk kembali ke Turkiye bagi mengadakan persembahan yang sebenar pada masa hadapan.

Ketika dihubungi AFP, pihak penganjur enggan mengulas kontroversi tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif TemaCC, Taylan Ozcan, mempertahankan persembahan Scott dalam kenyataan kepada media Turkiye dengan menyatakan rapper itu menjadi tumpuan utama acara sepanjang malam berkenaan.

“Beliau mengendalikan parti itu selama sejam sebelum memberikan persembahan luar biasa selama 20 minit,” kata Ozcan.

Promosi bagi acara yang dijadual berlangsung pada Isnin menjanjikan konsep yang sama.

“Travis Scott akan menyampaikan pengalaman persembahan kelab berintensiti tinggi yang melangkaui format pentas konvensional sambil berinteraksi dengan penonton,” menurut laman sesawang penjualan tiket Biletino.

Harga tiket bagi acara itu ditawarkan antara AS$215 hingga melebihi AS$5,000. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Taylor Swift umum lagu baharu untuk Toy Story 5
Next: Bollywood berpecah mengenai cadangan hadkan waktu kerja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.