Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kekayaan bilionair Rusia meningkat hampir AS$22 bilion tahun ini
  • BISNES

Kekayaan bilionair Rusia meningkat hampir AS$22 bilion tahun ini

Utusan Sarawak 17 hours ago
GAMBAR hiasan.

MOSCOW: Jumlah kekayaan usahawan terkaya Rusia meningkat sebanyak AS$21.857 bilion sejak awal 2026, menurut pengiraan berdasarkan data Bloomberg Billionaires Index (BBI), lapor Sputnik/RIA Novosti.

Indeks itu dikira berdasarkan nilai pegangan saham dalam syarikat milik bilionair.

Bagi sesetengah syarikat, anggaran dibuat berdasarkan nisbah seperti permodalan pasaran kepada EBITDA atau harga saham kepada pendapatan sesaham.

BBI menjejaki 500 individu terkaya dunia dan ketika ini merangkumi 20 warga Rusia dengan jumlah kekayaan keseluruhan mencecah AS$320.8 bilion setakat 1 Jun.

Usahawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk, pemilik Tesla dan SpaceX, kekal sebagai individu terkaya dunia dengan kekayaannya meningkat sebanyak AS$116 bilion sejak awal tahun kepada AS$735 bilion.

Senarai ahli perniagaan terkaya Rusia diterajui Pengerusi dan pemegang saham majoriti syarikat keluli Severstal, Alexey Mordashov, dengan nilai kekayaan bersih AS$29.9 bilion, meningkat US$3.66 bilion sejak awal tahun.

Beliau diikuti seorang daripada pemegang saham utama Norilsk Nickel, Vladimir Potanin, dengan kekayaan AS$28.3 bilion selepas mencatat peningkatan AS$1.94 bilion tahun ini dan AS$226 juta bagi tempoh laporan terbaharu.

Tempat ketiga diduduki Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tenaga Novatek, Leonid Mikhelson, dengan jumlah kekayaan AS$27.8 bilion, meningkat AS$4.15 bilion sejak awal tahun.

Pengasas pengeluar baja EuroChem dan syarikat tenaga arang batu SUEK, Andrey Melnichenko, berada di tempat keempat dengan kekayaan bersih AS$24.6 bilion, mencatat peningkatan terbesar dalam kalangan kumpulan itu tahun ini sebanyak AS$5.63 bilion.

Melengkapkan lima teratas ialah Pengerusi dan pemegang saham majoriti syarikat keluli Novolipetsk (NLMK), Vladimir Lisin, dengan kekayaan dianggarkan AS$23.5 bilion, susut AS$198 juta sejak awal tahun meskipun meningkat kecil sebanyak AS$9.01 juta dalam sehari.

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Nasi Dagang Mak Yah kekal RM2 sejak sedekad, terima permintaan luar negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.