Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hanya di Sarawak, Gawai diraikan dalam suasana pelbagai kaum 
  • TEMPATAN

Hanya di Sarawak, Gawai diraikan dalam suasana pelbagai kaum 

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATO Lo Khere Chiang menyampaikan ucapan pada majlis ramah tamah Pra Gawai Taman Country Wood dan Taman Kota Padawan di Batu 11, baru-baru ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang menyambut Hari Gawai, sekali gus menjadikan negeri ini unik dan istimewa.

Demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang ketika berkongsi kepada Utusan Sarawak pada majlis ramah tamah Pra-Gawai Taman Country Wood dan Taman Kota Padawan di Batu 11, baru-baru ini.

Beliau berkata keunikan Sarawak bukan sahaja terletak pada sambutan Hari Gawai, malah turut terserlah menerusi keharmonian masyarakat pelbagai kaum yang sentiasa meraikan perayaan antara satu sama lain.

Menurutnya, rakyat Sarawak tanpa mengira latar belakang kaum dan agama sentiasa berkongsi kegembiraan sempena pelbagai perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Hari Gawai dan Thaipusam.

“Kita meraikan perayaan antara satu sama lain dan hidup bersama dalam suasana aman serta harmoni.

“Saya berharap rakyat Sarawak akan terus memelihara keamanan dan keharmonian yang telah sekian lama menjadi kekuatan negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata sambutan Hari Gawai yang diraikan hari dan esok setiap tahun merupakan perayaan yang cukup istimewa bagi masyarakat Sarawak.

Katanya, sambutan tersebut bukan sahaja diraikan oleh masyarakat Dayak, malah turut dikongsi bersama oleh rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan ucapan Selamat Hari Gawai kepada seluruh rakyat Sarawak dan semua yang meraikannya.

“Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai,” ucapnya. 

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: BMW disita dalam Ops Aidiladha, Gawai 2026 di Kuching
Next: Eksklusif: Ngabang, rumah panjang dan lagu lama hidupkan memori Gawai generasi muda Sarawak 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.