Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Warisan Hari Gawai perlu terus dipelihara, kekalkan keunikan Sarawak – Tiong
  • NASIONAL

Warisan Hari Gawai perlu terus dipelihara, kekalkan keunikan Sarawak – Tiong

Utusan Sarawak 15 hours ago
WARISAN Hari Gawai perlu terus dipelihara, kekalkan keunikan Sarawak. Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Warisan budaya dan nilai perpaduan yang terkandung dalam sambutan Hari Gawai perlu terus dipelihara bagi mengekalkan keunikan Sarawak sebagai negeri yang kaya dengan kepelbagaian budaya.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, Hari Gawai antara perayaan tradisional yang amat penting bagi masyarakat Dayak serta menjadi simbol kepelbagaian budaya yang membanggakan Sarawak.

“Saya berharap kita akan terus menghargai dan memelihara khazanah budaya ini, di samping memperkukuhkan semangat perpaduan, saling menghormati dan keharmonian antara kaum demi mengekalkan keunikan Sarawak yang kaya dengan kepelbagaian budaya.

“Perayaan ini bukan sahaja menandakan berakhirnya musim menuai, malah mencerminkan warisan budaya, adat resam dan nilai-nilai murni yang diwarisi turun-temurun serta terus dipelihara hingga ke hari ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Tiong pada masa sama turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengutamakan keselamatan sepanjang sambutan perayaan dan musim cuti.

“Sentiasa ingat, jangan sesekali memandu di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah kerana ia membahayakan diri dan orang lain.

“Bagi mereka yang pulang ke kampung halaman atau dalam perjalanan menuju ke mana-mana destinasi sempena musim cuti ini, patuhilah peraturan jalan raya dan pandulah dengan cermat serta berhemah,” katanya.

Tiong turut mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Dayak yang menyambut perayaan itu. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Kementerian komunikasi rancang wajibkan pengesahan identiti pengiklan media sosial
Next: Ralat teknikal paparan BUDI95, had bulanan kekal 200 liter – MOF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.