Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Persiapan menyeluruh di Masjid Nabawi selesai bagi menyambut jemaah selepas Haji
  • SEMASA

Persiapan menyeluruh di Masjid Nabawi selesai bagi menyambut jemaah selepas Haji

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan.

MADINAH: Pihak Berkuasa Awam Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah mempertingkatkan kesiapsiagaan operasi di Masjid Nabawi bagi menerima ketibaan para jemaah selepas musim Haji menerusi sistem perkhidmatan pengurusan yang komprehensif, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Menurut pihak berkuasa itu, persiapan yang dilakukan termasuk memastikan kesediaan 141 pintu bagi mengawal selia laluan masuk dan keluar di kedua-dua bahagian jemaah lelaki serta wanita, selain menyediakan 100 koridor pengurusan di seluruh kawasan Masjid Nabawi dan datarannya.

Sebanyak 25,000 permaidani solat turut disediakan bagi menampung kemudahan para jemaah.

Di samping itu, sebanyak 194 tangga bergerak dan lif telah disediakan bagi memudahkan pergerakan di dalam masjid, manakala lebih 10,000 bekas air Zamzam telah diedarkan.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hayati nilai luhur Hari Wesak, tangkis hasutan kebencian – PM Anwar
Next: Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri termasuk Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.