Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lima terkorban selepas lombong haram runtuh di Yunan, China
  • GLOBAL

Lima terkorban selepas lombong haram runtuh di Yunan, China

Utusan Sarawak 3 hours ago
LIMA terkorban selepas lombong haram runtuh di Yunan, China. Foto agensi.

KUNMING: Lima maut manakala seorang lagi cedera apabila sebuah lombong yang diusahakan tanpa izin runtuh di Daerah Huize dalam Wilayah Yunan di barat daya China pada awal pagi Ahad, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut pihak berkuasa tempatan, insiden itu berlaku sekitar 4.30 pagi di Kampung Baiwu dalam Pekan Nagu, Daerah Huize.

Jabatan tindak balas kecemasan, keselamatan awam, bomba, kesihatan dan sumber asli dari Bandar Qujing serta Daerah Huize segera melancarkan operasi menyelamat, dan berjaya mengeluarkan kesemua enam mangsa yang terperangkap sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Bagaimanapun, lima daripada mangsa yang diselamatkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami meskipun rawatan telah diberikan. Manakala, mangsa yang terselamat kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan tidak lagi dalam keadaan yang membahayakan nyawa.

Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian runtuhan itu sedang dijalankan. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Anak panda gergasi pertama lahir di Indonesia mula dipamer kepada awam
Next: Trump dakwa lulus lagi ujian kognitif, tunjuk keputusan ‘sangat cemerlang’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.