Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Individu buat panggilan palsu berdepan tindakan undang-undang tegas
  • Tengah
  • WILAYAH

Individu buat panggilan palsu berdepan tindakan undang-undang tegas

Utusan Sarawak 3 hours ago
TIADA sebarang kejadian kebakaran berlaku di Rumah Bujang, Tebuk Ulu, Wak Pakan setibanya pihak bomba di lokasi. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Individu yang didapati membuat panggilan palsu ke talian kecemasan boleh dikenakan tindakan undang-undang, termasuk denda dan hukuman penjara, kerana perbuatan tersebut memberi kesan besar terhadap operasi menyelamat serta keselamatan awam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, peringatan itu susulan satu panggilan palsu yang diterima pihaknya berhubung kejadian kebakaran di Rumah Bujang, Tebuk Ulu, Wak Pakan, baru-baru ini.

Katanya, bilik kawalan BBP Bintangor menerima panggilan kecemasan pada 6.49 petang sebelum sebuah jentera bersama pasukan keluaran operasi segera digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 67 kilometer dari balai.

“Pasukan bomba telah bertindak pantas sebaik menerima panggilan kecemasan tersebut.

“Bagaimanapun, setelah tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati tiada sebarang kejadian kebakaran berlaku seperti yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, usaha untuk menghubungi semula pemanggil gagal, manakala Tuai Rumah Bujang turut mengesahkan tiada kejadian kebakaran berlaku di rumah panjang tersebut.

Mahmudin berkata, panggilan palsu bukan sahaja membazirkan kos operasi, penggunaan bahan api dan tenaga kerja, malah boleh menjejaskan keupayaan pasukan bomba untuk bertindak balas terhadap kecemasan sebenar.

“Jentera dan anggota mungkin berada di lokasi palsu ketika berlaku kebakaran sebenar atau insiden yang melibatkan ancaman nyawa di tempat lain.

“Situasi ini boleh menyebabkan kelewatan bantuan kepada mangsa yang benar-benar memerlukan pertolongan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak berkuasa mempunyai keupayaan untuk mengesan individu yang membuat panggilan palsu.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai keupayaan untuk mengesan nombor telefon dan lokasi pemanggil.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan talian kecemasan kerana tindakan tersebut boleh membawa implikasi undang-undang yang serius,” tegasnya.

Tambahnya, masyarakat perlu memainkan peranan dengan menggunakan talian kecemasan secara bertanggungjawab demi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gerawat sumbang minuman Gawai kepada 56 KMKK
Next: 328.2 kg daging korban diagih kepada asnaf dan kariah di Masjid Bandar Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.