
MARUDI: Seramai 56 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Poyut Lubok Nibong menerima sumbangan minuman sempena sambutan Hari Gawai daripada Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, hari ini.
Daripada jumlah tersebut, seramai 49 ketua kaum (KK) menerima sumbangan berkenaan, selain seorang pemanca, empat penghulu dan dua kaunselor.
Penyerahan sumbangan itu telah disempurnakan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu oleh Pemanca Randie Bundan yang mewakili Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala.
Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu yang disampaikan Pemanca Randie Bundan bagi mewakili Gerawat Gala.
Dalam pada itu, Randie merakam terima kasih kepada Gerawat atas sumbangan berkenaan yang mana sumbangan tersebut menurut Randie dapat meringankan beban mereka.
“Bagi mewakili semua KMKK, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Gerawat kerana setiap tahun menjelang Hari Gawai beliau menyumbang minuman kepada KMKK,” katanya.
Randie berharap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang penduduk Poyut / Lubok Nibong akan sentiasa memberi sokongan padu kepada beliau.
Oleh Jiku Juguong