Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • KPD Lawas santuni pesara bekas polis
  • Utara
  • WILAYAH

KPD Lawas santuni pesara bekas polis

Utusan Sarawak 3 hours ago
HULUR SUMBANGAN… DSP Liong turut menghulurkan sumbangan daripada IPD Lawas kepada SI(B) Mohamad Han.

LAWAS: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas telah mengadakan Program Lawatan Menyantuni Pesara dan Bekas Polis Daerah Lawas petang semalam.

Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, bersama beberapa pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas, antaranya Insp. M. R. Farith Erwandy selaku Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KBPJKK) Lawas, SM Sahjinan Mokhtar (KPB Lawas), Sjn Mahani Tassim (HEA/HEPP), Kpl Jasli Japri (D6), Kpl Mohamad Hakim, Kons Sakdi Abdul Wahab serta Dygku Siti Fauziah Awgku Adenan dari Bahagian Pengurusan.

Rombongan telah menziarahi dua pesara polis iaitu SI (B) 91229 Mohamad Han Muslim yang menetap di Kedai Pelancongan Lawas serta Kpl (B) 79037 Punan Buaya yang tinggal di Kampung Tok Dayang, Jalan Lawas Damit.

HORMAT… DSP Liong Tindan turut melawat dan menyampaikan sumbangan daripada IPD Lawas kepada Kpl (B) 79037 Punan Buaya yang tinggal di Kampung Tok Dayang, Jalan Lawas Damit.  

Kedua-dua pesara mengalami masalah kesihatan seperti darah tinggi dan kencing manis. Program ini bertujuan untuk menyantuni pesara polis dan waris pesara yang pernah berkhidmat mempertahankan kedaulatan negara, khususnya semasa era darurat.

Selain itu, program tersebut turut mengeratkan hubungan silaturahim antara warga pasukan dan pesara polis agar jasa serta pengorbanan mereka sentiasa dihargai dan dikenang.

Selain itu, lawatan ini juga menjadi medium untuk menyampaikan maklumat berkaitan bantuan dan perkhidmatan yang boleh diperolehi daripada kerajaan serta pasukan PDRM, di samping mendengar sendiri keperluan dan kebajikan pesara yang memerlukan perhatian pihak IPD Lawas.

Program ini turut memberi motivasi kepada anggota yang masih berkhidmat agar terus menanam semangat setia dan bangga kepada pasukan dengan mencontohi pengorbanan generasi terdahulu.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: GPS terus pacu pembangunan Sarawak melalui kestabilan politik dan perpaduan kaum.
Next: Gerawat sumbang minuman Gawai kepada 56 KMKK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.