Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Saberkas Prihatin perkukuh hubungan pemimpin dan masyarakat
  • Tengah
  • WILAYAH

Program Saberkas Prihatin perkukuh hubungan pemimpin dan masyarakat

Utusan Sarawak 5 hours ago
SUMBANGAN…Datuk Ding Koung Hiing menyerahkan sumbangan kepada Khairul Akmal Ibrahim. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Program Saberkas Prihatin terus memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan hubungan antara pemimpin, pertubuhan belia dan masyarakat menerusi pelbagai aktiviti kebajikan yang dilaksanakan di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, program seumpama itu bukan sahaja bertujuan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan, malah menjadi platform penting untuk mendekati masyarakat secara lebih dekat.

“Program seperti Saberkas Prihatin bukan sahaja bertujuan menghulurkan bantuan, malah menjadi platform untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim antara pemimpin, pertubuhan belia dan masyarakat setempat.

“Semangat prihatin dan saling membantu perlu terus dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi mewujudkan sebuah komuniti yang harmoni dan bersatu padu,” katanya 

Koung Hiing yang juga Pengerusi Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Cawangan Meradong berkata demikian ketika mengadakan lawatan bersama barisan exco Saberkas Meradong ke kediaman Khairul Akmal Ibrahim di Kampung Amin, semalam.

Katanya, budaya turun padang dan mendengar sendiri keperluan rakyat juga perlu diteruskan supaya setiap permasalahan yang dihadapi masyarakat dapat dikenal pasti dan diberi perhatian sewajarnya.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut meluangkan masa bertanya khabar serta melihat sendiri keadaan Khairul Akmal dan keluarganya.

“Penglibatan aktif golongan belia dalam aktiviti kemasyarakatan mampu memperkukuhkan semangat kesukarelawanan serta memupuk budaya saling membantu dalam kalangan masyarakat.

“Saya berharap semangat kerjasama, perpaduan dan sikap prihatin dalam kalangan masyarakat dapat terus diperkukuhkan demi melahirkan komuniti yang lebih penyayang, progresif dan sejahtera,” katanya.

Turut hadir Naib Pengerusi Saberkas, Ley Chee Hua; Setiausaha Saberkas Cawangan Meradong, Abang Husen dan Bendahari Saberkas Cawangan Meradong, Esther Jong Hui Li.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Keluarga dan anak aset terbesar masa depan Sarawak – Tiang
Next: 25 penghuni Rumah Rentap sertai kempen keselamatan kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.