Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintangor pastikan pili bomba sentiasa dalam keadaan optimum
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Bintangor pastikan pili bomba sentiasa dalam keadaan optimum

Utusan Sarawak 7 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan pili bomba di Jalan Paris Height 2. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Pemeriksaan pili bomba secara berkala memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap kesiapsiagaan pasukan bomba dan memastikan operasi pemadaman kebakaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan apabila diperlukan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pemeriksaan berjadual tersebut dilaksanakan bagi memastikan setiap pili bomba berada dalam keadaan baik dan berfungsi dengan sempurna.

“Pemeriksaan pili bomba secara berjadual amat penting bagi memastikan setiap unit berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan dengan segera ketika operasi pemadaman kebakaran dijalankan.

ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan pili bomba di Jalan Paris Height 2. Foto BBP Bintangor

“Semalam, dua anggota bomba telah menjalankan pemeriksaan pili bomba di Jalan Paris Height 2, bermula 9.30 pagi hingga 11.00 pagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, sebanyak 14 unit pili bomba diperiksa di sekitar kawasan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 14 unit pili bomba berada dalam keadaan baik.

“Pemeriksaan berkala bukan sahaja membantu memastikan bekalan air kecemasan sentiasa tersedia, malah membolehkan sebarang kerosakan atau masalah teknikal dikenal pasti lebih awal sebelum menjejaskan operasi pemadaman kebakaran,” katanya.

Katanya, kemudahan pili bomba yang berfungsi dengan baik merupakan antara komponen penting dalam memastikan tindakan kecemasan dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penghuni rumah panjang diminta utamakan keselamatan menjelang Gawai Dayak
Next: Aidiladha medan perkukuh ukhuwah dan kebersamaan masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.