12 maut di barat daya India selepas minum arak tiruan

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

NEW DELHI: Kira-kira 12 orang maut selepas didakwa meminum arak tiruan di wilayah Maharashtra di barat daya India, kata polis tempatan yang mengesahkan perkara itu pada Jumaat, lapor Xinhua.

Kematian berkenaan dilaporkan berlaku di kawasan berhampiran bandar Pune dalam wilayah tersebut, terutamanya di Phugewadi dan Hadapsar.

Seramai tujuh orang dilaporkan maut di kawasan Phugewadi, manakala lima lagi meninggal dunia di Hadapsar.

Sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital tempatan.

Ketua Menteri Maharashtra Devendra Fadnavis dilaporkan telah mengarahkan siasatan lanjut berhubung tragedi itu bagi mengenal pasti sama ada terdapat kandungan metanol dalam arak berkenaan yang menjadi punca kematian, selain mengesan pihak yang bertanggungjawab.

Laporan forensik dan toksikologi masih ditunggu, menurut laporan media.

Polis mendakwa telah menahan beberapa individu yang disyaki membekalkan arak tiruan tersebut. – Bernama

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara