Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat JAL lakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Narita, tiada kecederaan
  • GLOBAL

Pesawat JAL lakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Narita, tiada kecederaan

Utusan Sarawak 7 hours ago
PESAWAT Japan Airlines terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Narita selepas dipercayai mengalami tayar pecah ketika berlepas. Foto AGENSI

CHIBA, Jepun: Sebuah pesawat penumpang Japan Airlines (JAL) melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Narita berhampiran Tokyo pada Jumaat susulan masalah mekanikal, dengan tayar dipercayai pecah semasa berlepas, menurut kementerian pengangkutan, lapor Kyodo News.

Pesawat Boeing 767 itu dalam penerbangan dari lapangan terbang Haneda di Tokyo ke lapangan terbang Kagoshima di barat daya Jepun dengan membawa 218 penumpang dan lapan kru kapal, menurut syarikat penerbangan itu. Tiada kecederaan dilaporkan.

Selepas pendaratan cemas kira-kira 11.55 pagi, Landasan A di lapangan terbang Narita ditutup selama kira-kira dua jam sementara pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Menurut pejabat lapangan terbang Tokyo di bawah kementerian pengangkutan, serpihan kemudiannya ditemukan di Landasan D lapangan terbang Haneda yang digunakan pesawat itu untuk berlepas.

Landasan berkenaan ditutup kira-kira 10.30 pagi ketika pihak berkuasa meneliti sama ada serpihan itu berkaitan dengan insiden tersebut sebelum dibuka semula sekitar 1.45 tengah hari.

Pada Isnin, sebuah pesawat penumpang Skymark Airlines turut melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Haneda selepas mengesan masalah tayar, dengan satu daripada tayar Boeing 737 itu kemudian didapati pecah. – Bernama-Kyodo

Continue Reading

Previous: Enam maut jambatan runtuh di Uttar Pradesh India
Next: Tujuh maut selepas beca terjunam ke dalam gaung di Kashmir dalam pentadbiran Pakistan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.