
HYDERABAD: Sekurang-kurangnya enam orang terkorban apabila bahagian jambatan sungai dalam pembinaan runtuh di negeri utara India, Uttar Pradesh pada Jumaat.
Beberapa pekerja binaan di tapak sungai Betwa sedang tidur apabila papak konkrit dan perancah menghempap mereka ketika cuaca buruk, lapor media tempatan.
Kemalangan itu berlaku di kawasan Kurara di daerah Hamirpur, kira-kira 170 kilometer dari ibu negeri Lucknow.
“Ayah saya bertugas malam. Saya menghubunginya selepas ribut tetapi dia tidak menjawab telefonnya,” kata anak perempuan pengawal keselamatan yang meninggal dunia di tapak itu.
Tiga pekerja ditarik keluar daripada runtuhan dalam keadaan selamat, kata polis.- Bernama