Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Aset ketua mafia bernilai lebih RM1.01 bilion dirampas di Itali
  • GLOBAL

Aset ketua mafia bernilai lebih RM1.01 bilion dirampas di Itali

Utusan Sarawak 13 hours ago
FOTO fail… PAPARAN skrin yang diambil daripada video menunjukkan ketua mafia paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro, diiring keluar dari balai polis Carabinieri selepas ditahan di Palermo, Itali pada 16 Januari 2023.

ROM: Pihak berkuasa Itali merampas aset bernilai lebih €200 juta (RM1.01 bilion) yang didakwa mempunyai kaitan dengan empayar Mafia dan rangkaian pengedaran dadah Ketua Cosa Nostra, mendiang Matteo Messina Denaro, menurut polis pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Seramai tiga individu ditahan dalam operasi berskala besar yang dijalankan merentasi beberapa buah negara, menurut pihak berkuasa.

Messina Denaro ditahan di Sicily pada Januari 2023. Sebagai Ketua Cosa Nostra, beliau merupakan antara penjenayah yang paling dikehendaki di Itali selama lebih tiga dekad.

Kejatuhannya bermula apabila beliau dikesan mendapatkan rawatan kanser di sebuah klinik. Lapan bulan selepas ditahan, beliau meninggal dunia semasa dalam tahanan pada usia 61 tahun sebelum sempat dibicarakan.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa serbuan terbaharu itu adalah sebahagian daripada siasatan berhubung kes pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan operasi pengedaran dadah, yang didakwa mempunyai kaitan dengan Messina Denaro.

Wang berkenaan dikumpul hasil daripada pelaburan semula dana aktiviti pengedaran dadah sejak tahun 1980-an di beberapa buah negara di Eropah dan luar benua itu.

Penyiasat setakat ini telah mengenal pasti lapan syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian berkenaan.

Selain itu, mereka turut mengenal pasti aset dalam bentuk emas dan hartanah mewah yang terletak di kawasan paling eksklusif di Costa del Sol, Sepanyol. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Angka korban kebakaran asrama sekolah di Kenya meningkat kepada 16
Next: Roket Blue Origin meletup di tapak pelancaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.