Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Angka korban kebakaran asrama sekolah di Kenya meningkat kepada 16
  • GLOBAL

Angka korban kebakaran asrama sekolah di Kenya meningkat kepada 16

Utusan Sarawak 15 hours ago
POLIS Kenya dan pakar forensik berdiri berhampiran sebuah bangunan di Akademi Puteri Utumishi, lokasi kebakaran maut yang berlaku di Gilgil, utara ibu negara Nairobi pada 28 Mei 2026. Foto AFP

NAIROBI, Kenya:  Sekurang-kurangnya 16 pelajar perempuan maut manakala 79 yang lain cedera susulan kebakaran besar yang melanda asrama sekolah di Utumishi Girls Academy di Nakuru, tengah Kenya pada awal pagi Khamis, menurut pihak berkuasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Pegawai pendidikan memaklumkan siasatan berhubung kebakaran itu masih dijalankan ketika pihak berkuasa berusaha mengesahkan identiti mangsa.

“Daripada keseluruhan 808 pelajar perempuan, 79 mengalami kecederaan. Seramai 71 telah dirawat dan dibenarkan pulang, manakala tujuh lagi masih menerima rawatan di hospital.

“Kami merekodkan 16 mangsa maut yang identitinya masih dalam proses dikenal pasti,” kata Menteri Pendidikan Julius Ogamba.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Kipchumba Murkomen menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai punca kebakaran sehingga siasatan selesai, sambil berkata prosedur keselamatan sekolah akan menjadi sebahagian daripada siasatan. – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Lima maut, 22 cedera dalam kemalangan trak terbalik di utara Filipina
Next: Aset ketua mafia bernilai lebih RM1.01 bilion dirampas di Itali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.