Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pasukan ronda perubatan TH tingkat pemantauan jemaah di Mina
  • SEMASA

Pasukan ronda perubatan TH tingkat pemantauan jemaah di Mina

Utusan Sarawak 18 hours ago
PASUKAN ronda perubatan Lembaga Tabung Haji (TH) meningkatkan pemantauan kesihatan jemaah haji Malaysia di Mina menerusi rondaan berkala terutama di laluan tumpuan jemaah sepanjang operasi Masyair. Foto BERNAMA

MAKKAH: Pasukan ronda perubatan Lembaga Tabung Haji (TH) meningkatkan pemantauan kesihatan jemaah haji Malaysia di Mina menerusi rondaan berkala terutama di laluan tumpuan jemaah sepanjang operasi Masyair.

Timbalan Ketua Peronda Perubatan Haji Dr Amir Suhaimi berkata pasukan yang dianggotai 30 petugas itu dibahagikan kepada lapan kumpulan dan melakukan rondaan setiap jam bagi memastikan bantuan kecemasan dapat diberikan dengan segera.

PASUKAN ronda perubatan Lembaga Tabung Haji (TH) meningkatkan pemantauan kesihatan jemaah haji Malaysia di Mina menerusi rondaan berkala terutama di laluan tumpuan jemaah sepanjang operasi Masyair. Foto BERNAMA

Beliau berkata semua anggota telah menjalani latihan bantuan asas kecemasan bagi membolehkan rawatan awal diberikan terus di lokasi sekiranya berlaku sebarang insiden melibatkan jemaah.

“Kita akan bergerak secara berkumpulan dan membuat rondaan secara interval setiap satu jam. Jika ada kecemasan, kita akan terus beri bantuan awal di lokasi.

PASUKAN ronda perubatan Lembaga Tabung Haji (TH) meningkatkan pemantauan kesihatan jemaah haji Malaysia di Mina menerusi rondaan berkala terutama di laluan tumpuan jemaah sepanjang operasi Masyair. Foto BERNAMA

“Kalau kes ringan, rawatan dibuat terus di tempat kejadian dan jemaah boleh pulang semula ke penginapan masing-masing,” katanya ketika ditemui di sini, pada Khamis.

Dr Amir antara kes yang kerap diterima melibatkan jemaah terseliuh dan luka kecil akibat terjatuh, selain sakit pinggang serta keletihan kerana berjalan jauh serta berdiri terlalu lama.

Beliau berkata kebanyakan kes dapat dirawat di lokasi manakala kes lebih serius akan dirujuk ke klinik kecemasan atau hospital untuk rawatan lanjut.

“Semalam ada juga kes agak berat, namun tiada yang terlalu kritikal dan kita masih dapat mengawalnya dengan baik,” katanya.

DALAM situasi jutaan manusia berhimpun dan pergerakan ibadah yang kompleks, aplikasi Muhsen menjadi ‘talian hayat’ baharu yang membantu jemaah haji Malaysia menjalani ibadah dengan lebih tenang dan teratur di Tanah Suci. Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata perkhidmatan Muhsen itu memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pergerakan jemaah sepanjang operasi haji dan mereka boleh mendapatkan bantuan daripada petugas yang dilantik. Foto BERNAMA

Mengenai cabaran, Dr Amir berkata kesesakan laluan di Mina yang dipenuhi jutaan jemaah dari seluruh dunia terutama ketika waktu puncak pergerakan ke kawasan melontar jamrah merupakan ujian buat pasukannya.

“Ada masa kita berdepan sedikit kelewatan kerana laluan terlalu sesak dengan jemaah negara lain,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata semua anggota pasukan ronda perubatan kekal komited memastikan jemaah haji Malaysia menerima bantuan perubatan segera sepanjang berada di Mina.- Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia pergiat usaha Pelancongan Mesra Muslim menjelang TMM 2026
Next: Amaran ribut petir di WP Labuan dan lima negeri termasuk Sarawak hingga 1.00 pagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.