Korban bangunan runtuh di Filipina meningkat kepada lima, 16 hilang

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA tentera bersama anjing pengesan menjalankan operasi mencari dan menyelamat di sebuah bangunan runtuh di Angeles City, wilayah Pampanga, utara Manila pada 25 Mei 2026. Foto AFP

MANILA: Angka korban akibat runtuhan sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Wilayah Pampanga, utara Filipina, meningkat kepada lima orang, menurut pihak berkuasa pada Rabu, lapor Xinhua.

Pejabat Penerangan Angeles City memaklumkan bahawa pasukan penyelamat sedang dalam proses mengeluarkan satu lagi mayat dari bawah runtuhan dengan berhati-hati selepas seekor anjing pengesan mengesan kedudukan mangsa pada kira-kira 6.18 petang.

Sekurang-kurangnya 16 orang masih dilaporkan hilang selepas struktur berkenaan runtuh sebelum 3.00 pagi pada 24 Mei.

Setakat ini, seramai 26 orang telah berjaya diselamatkan.

Pasukan kecemasan terus mempergiat usaha menyelongkar sisa runtuhan berkenaan pada Rabu.- Bernama-Xinhua