
KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong operasi Bank Negara Malaysia bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan berjumlah RM43.26 bilion dalam pasaran konvensional dan RM28.65 bilion dalam pasaran wang Islam.
Hari ini, bank pusat akan melaksanakan tender repo berbalik bernilai RM2 bilion bagi tempoh tujuh hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM45.3 bilion dan tender semalaman Murabahah sebanyak RM27.6 bilion.- Bernama