Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Remaja di Perancis maut selepas konflik tercetus di TikTok
  • GLOBAL

Remaja di Perancis maut selepas konflik tercetus di TikTok

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

MEAUX, Perancis: Remaja lelaki berusia 17 tahun di Perancis mengaku membunuh seorang remaja dalam pergaduhan yang dikaitkan dengan penolakan permintaan di TikTok oleh seorang gadis, kata pendakwa raya pada Isnin lalu.

Remaja itu dihadapkan ke mahkamah di Meaux, berhampiran Paris, pada Isnin atas pertuduhan membunuh dengan niat sebelum ditahan sementara menunggu prosiding lanjut pada Khamis, kata pendakwa raya tempatan, Jean-Michel Bladier, dalam satu kenyataan.

Kejadian itu berlaku pada Sabtu di sebuah tapak perkhemahan di Villevaude, di pinggir Paris.

Menurut pendakwa raya, rentetan kejadian dipercayai bermula apabila suspek beberapa kali ditolak sebagai kenalan di TikTok oleh seorang gadis.

Satu perbualan telefon yang tegang antara suspek dan gadis terbabit didakwa berlaku pada Sabtu sebelum seorang lagi remaja lelaki berusia 17 tahun iaitu teman lelaki kepada rakan rapat gadis itu mengambil telefon berkenaan dan mencabar suspek untuk bergaduh di tapak perkhemahan tersebut.

Bladier berkata remaja lelaki itu kemudian diserang oleh dua individu di lokasi kejadian sehingga menyebabkan mangsa mengalami tikaman maut di dada.

Suspek, yang dikenal pasti oleh saksi kejadian, ditahan pada malam Sabtu selepas hadir ke unit kecemasan sebuah hospital di pinggir Paris dengan kesan luka pisau pada tangan yang didakwanya berlaku secara tidak sengaja.

Menurut pendakwa raya, suspek memberitahu penyiasat bahawa dia pergi ke tapak perkhemahan itu sambil membawa pisau “untuk menunjukkan bahawa dia tidak takut”.

Bladier berkata suspek mengaku dia hilang pertimbangan dan tidak berniat membunuh mangsa.

Suspek dilaporkan mempunyai rekod jenayah juvana sebelum ini, termasuk kes keganasan terhadap saudara yang lebih tua serta memiliki senjata.

Pendakwa raya turut memaklumkan bahawa seorang rakan suspek yang dipercayai bersubahat dalam kejadian itu masih belum dikenal pasti. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Jemaah tunai solat sunat Aidiladha di Masjid Nabawi
Next: Umat Islam di seluruh dunia sambut Aidiladha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.