Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jemaah tunai solat sunat Aidiladha di Masjid Nabawi
  • GLOBAL

Jemaah tunai solat sunat Aidiladha di Masjid Nabawi

Utusan Sarawak 5 hours ago
RIBUAN jemaah memenuhi Masjid Nabawi bagi menunaikan solat sunat Aidiladha dalam suasana penuh penghayatan dan kesyukuran. Foto Bernama

MADINAH: Sejumlah besar jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha hari ini di Masjid Nabawi dalam suasana yang penuh dengan penghayatan kerohanian, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Khutbah disampaikan oleh Imam dan Khatib Masjid Nabawi, Sheikh Dr Ahmed Al-Hudhaifi, yang memulakannya dengan memuji dan mengagungkan Allah SWT, menyampaikan ucapan selamat hari raya kepada umat Islam, serta mendoakan agar amalan soleh mereka diterima dan terus memperoleh keberkatan daripada Ilahi.

Beliau menegaskan bahawa Aidiladha merupakan peluang terbaik untuk memperkukuh ikatan kasih sayang, perpaduan, dan solidariti, di samping menggalakkan umat Islam saling bekerjasama dalam melakukan kebaikan serta mendoakan agar negara terus dikurniakan keselamatan, kestabilan, dan kemakmuran.

Beliau turut menekankan mengenai keprihatinan Arab Saudi dalam menjaga Dua Masjid Suci serta para pengunjungnya, selain memuji usaha kepimpinan negara itu bagi memastikan jemaah haji dan umrah dapat melaksanakan ibadah mereka dengan selesa, selamat, dan aman.-Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: Pemimpin sindiket jenayah Brazil ditahan di Bolivia
Next: Remaja di Perancis maut selepas konflik tercetus di TikTok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.