Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Semeru di Indonesia meletus lima kali, hambur abu setinggi 1,000 meter
  • GLOBAL

Gunung Semeru di Indonesia meletus lima kali, hambur abu setinggi 1,000 meter

Utusan Sarawak 5 hours ago
GUNUNG Semeru Indonesia. Foto Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (MAGMA Indonesia).

JAKARTA: Gunung Semeru di Indonesia meletus lima kali pada pagi tadi, menghamburkan abu gunung berapi sehingga 1,000 meter dari puncak.

Pegawai Pos Pemerhatian Gunung Semeru, Sigit Rian Alfian berkata letusan berlaku antara 1.05 pagi hingga 8.37 pagi waktu tempatan, dengan letusan terbesar direkodkan pada 6.28 pagi.

Sigit berkata letusan terbesar itu menghamburkan abu sehingga kira-kira 1,000 meter dari puncak, dengan kepulan abu bergerak ke arah barat daya dan barat.

“Letusan itu direkodkan pada seismograf dengan amplitud antara 12 milimeter hingga 22 milimeter dan tempoh antara 109 hingga 142 saat,” katanya menurut agensi berita Antara hari ini.

Semeru, yang terletak di sempadan daerah Lumajang dan Malang di Jawa Timur merupakan gunung berapi tertinggi di Pulau Jawa, dengan ketinggian 3,676 meter dari paras laut.

Sigit berkata aktiviti gunung berapi Semeru kekal pada Tahap III, iaitu tahap kedua tertinggi dalam sistem amaran gunung berapi empat peringkat Indonesia. – Bernama

Continue Reading

Previous: Fenomena kubah haba ‘membakar’ UK, Ireland, Perancis dan Sepanyol
Next: Gunung Arafah jadi tumpuan jemaah ketika kemuncak haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.