Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pasukan perubatan di Makkah pulihkan penglihatan dua jemaah haji
  • GLOBAL

Pasukan perubatan di Makkah pulihkan penglihatan dua jemaah haji

Utusan Sarawak 18 hours ago
PASUKAN perubatan di Makkah pulihkan penglihatan dua jemaah haji. Foto hiasan.

MAKKAH: Pasukan perubatan di Bandar Perubatan Raja Abdullah, sebahagian daripada Kluster Kesihatan Makkah, berjaya menyelamatkan penglihatan dua jemaah haji, masing-masing warga Mesir dan Maghribi, menerusi intervensi perubatan segera selepas kedua-duanya mengalami masalah mata kritikal yang hampir menyebabkan kehilangan penglihatan kekal.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), pesakit berkenaan mengalami gejala serius, termasuk floaters (tompok atau bayangan pada penglihatan) dan kehilangan penglihatan secara beransur-ansur yang memerlukan rawatan segera.

Pasukan perubatan pakar melakukan dua pembedahan rumit menggunakan teknik canggih, sekali gus berjaya mengekalkan dan memperbaiki penglihatan kedua-dua pesakit.

Kedua-dua jemaah haji itu menyatakan rasa syukur atas penjagaan perubatan serta sokongan yang diterima, sambil memuji usaha Arab Saudi dalam melindungi kesihatan dan keselamatan jemaah sepanjang perjalanan ibadah haji mereka. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Penemuan Yu Ganges di Indonesia beri harapan pemuliharaan
Next: Lelaki diselamatkan dari kandang bison, Zoo Munich selepas insiden kasut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.