Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Sindiket curi kabel utiliti bernilai tinggi tumpas, empat lelaki diheret ke mahkamah
  • JENAYAH

Sindiket curi kabel utiliti bernilai tinggi tumpas, empat lelaki diheret ke mahkamah

Utusan Sarawak 18 hours ago
EMPAT lelaki berusia antara 27 hingga 41 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sri Aman hari ini atas pertuduhan bersama mencuri kabel elektrik dalam satu kejadian di kawasan utiliti di daerah itu, baru-baru ini. Foto: Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak.

SIMANGGANG: Empat lelaki berusia antara 27 hingga 41 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sri Aman hari ini atas pertuduhan bersama mencuri kabel elektrik dalam satu kejadian di kawasan utiliti di daerah itu, baru-baru ini.

Menurut kenyataan media Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, kesemua tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah kawasan pencawang atau instalasi utiliti milik sebuah syarikat utiliti di Sri Aman antara 11.04 malam pada 13 Mei 2026 hingga 2.00 pagi, 14 Mei 2026.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri kabel elektrik, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Selain itu, tiga daripada tertuduh turut berdepan pertuduhan tambahan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran serta Seksyen 426 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat sehingga menyebabkan kerosakan terhadap kemudahan utiliti milik syarikat berkenaan.

Kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin. 

Keempat-empat tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencuri kabel dan masing-masing dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, hanya seorang tertuduh berjaya membayar denda tersebut manakala tiga lagi gagal berbuat demikian dan diperintahkan menjalani hukuman penjara selama 12 bulan bermula dari tarikh tangkapan.

Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan, tiga tertuduh terbabit masing-masing dikenakan denda RM5,000 atau penjara 10 bulan jika gagal membayar denda, manakala bagi kesalahan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan mereka didenda RM2,000 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar.

Ketiga-tiga tertuduh itu juga gagal melunaskan semua denda yang dikenakan dan mahkamah memerintahkan hukuman penjara dijalankan secara berasingan bermula dari tarikh tangkapan, menjadikan tempoh keseluruhan hukuman penjara yang perlu dijalani ialah 25 bulan di Penjara Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Premis hiburan langgar waktu operasi, tiga termasuk dua warga asing dicekup
Next: Padah gagal jawab panggilan telefon, nelayan belasah adik kandung di kilang sawit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.