Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Morinaga perkenal Mori-Mama, tampil pendekatan nutrisi ibu lebih menyeluruh dan progresif
  • NASIONAL

Morinaga perkenal Mori-Mama, tampil pendekatan nutrisi ibu lebih menyeluruh dan progresif

Utusan Sarawak 5 hours ago
MORINAGA perkenal Mori-Mama, tampil pendekatan nutrisi ibu lebih menyeluruh dan progresif.

KUALA LUMPUR: Morinaga Milk Industry Co., Ltd. (Morinaga), syarikat pemakanan dari Jepun dan pengeluar produk tenusu terkemuka negara itu telah melancarkan Mori-Mama, susu formulasi khas untuk ibu dirumus bagi menyokong keperluan nutrisi wanita dari fasa prakehamilan, sepanjang tempoh kehamilan sehingga ke peringkat penyusuan.

Dalam kenyataan, Morinaga memaklumkan dengan lebih 100 tahun kepakaran dalam bidang sains pemakanan, syarikat itu komited dalam membangunkan penyelesaian nutrisi yang memenuhi keperluan serta menyokong kesihatan dan kesejahteraan pengguna.

“Pengenalan Mori-Mama mencerminkan evolusi pendekatan terhadap pemakanan ibu dan fasa awal perkembangan anak yang kini memberi penekanan bukan sahaja kepada pengambilan nutrien penting, tetapi juga keupayaan tubuh untuk menyerap dan memanfaatkan nutrien itu secara lebih efektif,” menurut kenyataan itu. 

Morinaga memaklumkan isu anemia semasa kehamilan dan kekurangan zat besi kekal sebagai antara cabaran utama dalam meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemakanan ibu, dengan di Malaysia, sekitar 28.8 peratus wanita hamil dilaporkan mengalami anemia setakat 2023 berdasarkan data Bank Dunia. 

“Kajian tempatan turut menunjukkan kadar prevalens yang berbeza-beza, antara sekitar 19 peratus hingga melebihi 50 peratus bergantung kepada demografi dan kelompok kajian. 

“Keadaan ini menjadikan aspek pemakanan semasa hamil semakin penting, terutamanya apabila keperluan nutrisi meningkat dan penerimaan tubuh terhadap suplemen tertentu berbeza bagi setiap individu,” menurut kenyataan itu. 

Morinaga memaklumkan kekurangan zat besi masih menjadi antara punca utama manakala perhatian kini turut tertumpu kepada tahap keselesaan dan toleransi terhadap pengambilan suplemen kerana sesetengah wanita mengalami ketidakselesaan dengan formulasi konvensional. 

“Justeru, tumpuan kini semakin terarah kepada pendekatan nutrisi yang bukan sahaja menyokong keberkesanan pengambilan nutrien malah turut mengutamakan keselesaan ibu sepanjang tempoh kehamilan,” menurut kenyataan itu. 

Syarikat itu memaklumkan Mori-Mama dirumus khas untuk memenuhi keperluan itu dengan menggabungkan nutrien penting dengan bahan berfungsi seperti lactoferrin, iaitu protein semula jadi yang kaya dengan zat besi dan banyak terdapat dalam susu ibu serta gabungan sinbiotik Bifidobacterium longum BB536 dan FOS (serat prebiotik) yang membantu menyokong penyerapan zat besi serta kesihatan usus.

Pengarah Urusan OZ Marketing Brenda Liew berkata pemakanan ibu hari ini dilihat dari perspektif yang lebih menyeluruh, seiring dengan peningkatan kesedaran tentang kepentingan bagaimana tubuh menyerap dan memanfaatkan nutrien yang diambil.  

“Perkembangan ini turut mempengaruhi pembangunan solusi pemakanan yang bukan sahaja menumpukan kepada kandungan nutrisi, tetapi juga aspek penyerapan, keselesaan dan kesejahteraan ibu secara keseluruhan,” katanya. 

Morinaga memaklumkan berbeza daripada pendekatan konvensional yang memberi sokongan nutrisi mengikut fasa tertentu, Mori-Mama dirumus sebagai formulasi menyeluruh untuk menyokong keperluan wanita bermula dari persediaan kehamilan, sepanjang tempoh kehamilan hingga ke fasa penyusuan.

“Selaras dengan peningkatan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan ibu, sokongan nutrisi kini dilihat penting dari fasa persediaan kehamilan, sepanjang tempoh kehamilan dan juga selepas kelahiran.

“Pengenalan Mori-Mama mencerminkan usaha Morinaga dalam menyediakan solusi pemakanan ibu yang lebih menyeluruh, praktikal dan relevan dengan keperluan wanita masa kini,” menurut kenyataan itu.  – Bernama

Continue Reading

Previous: Jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah secara berperingkat
Next: BSN sedia sehingga RM100,000 bagi perkasa PMKS menerusi MSME SRF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.