Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 76 peserta sertai latihan pengungsian bangunan di SK Gemuan
  • Tengah
  • WILAYAH

76 peserta sertai latihan pengungsian bangunan di SK Gemuan

Utusan Sarawak 7 hours ago
ANTARA pengisian aktiviti warga SK Gemuan dan pihak bomba. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seramai 76 peserta menyertai latihan kawad pengungsian bangunan dan program kesedaran keselamatan kebakaran yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, latihan tersebut bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan khususnya kebakaran.

“Latihan dijalankan bermula 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan dikendalikan oleh tiga anggota bomba.

“Ia penting bagi memberi pendedahan awal kepada warga sekolah mengenai tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, antara pengisian utama program termasuk latihan pengungsian bangunan, ceramah kesedaran keselamatan kebakaran dan demonstrasi pemadaman kebakaran menggunakan alat pemadam api.

“Peserta turut diberikan demonstrasi pemadaman kebakaran melibatkan dapur bagi memberi kefahaman mengenai tindakan awal yang betul sekiranya berlaku kebakaran di rumah.

“Latihan secara praktikal amat penting supaya peserta lebih memahami kaedah pengendalian kebakaran dan tidak panik ketika berdepan situasi sebenar,” katanya.

Katanya, turut dijalankan adalah aktiviti pameran jentera dan peralatan bomba yang memberi peluang kepada peserta mengenali fungsi peralatan operasi yang digunakan pihak bomba.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: IPG Kampus Rajang miliki sejarah istimewa sejak 1966
Next: 1,528 penerima terima sumbangan khas sempena Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.