Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 11 lemas ketika kutip kupang di India
  • GLOBAL

11 lemas ketika kutip kupang di India

Utusan Sarawak 5 hours ago
OPERASI menyelamat dijalankan selepas 11 individu lemas di Sungai Thattihakkal, Karnataka. Foto AGENSI

HYDERABAD: Seramai 11 termasuk sembilan wanita lemas ketika mengutip kupang di sebatang sungai di negeri Karnataka, selatan India semalam.

Menurut media tempatan, mangsa dipercayai mempunyai pertalian keluarga.

Mereka dihanyutkan arus deras di Sungai Thattihakkal berhampiran Bhatkal, wilayah Uttara Kannada.

Seramai 14 dilaporkan berada di sungai itu ketika paras air meningkat selepas hujan semalaman.

Tiga daripada mereka diselamatkan penduduk tempatan.

Ketua Menteri Karnataka Siddaramaiah mengumumkan bayaran ex gratia sebanyak 500,000 rupee (RM20,740) kepada waris setiap mangsa yang terkorban.- Bernama

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 5.0 skala Richter landa Mindanao, Filipina
Next: Jurugambar diserang haiwan marin, pertandingan luncur air New Zealand ditangguh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.