Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ​Remaja tingkatan lima hamil 35 minggu selepas berkenalan dengan lelaki di Facebook
  • Tengah
  • WILAYAH

​Remaja tingkatan lima hamil 35 minggu selepas berkenalan dengan lelaki di Facebook

Utusan Sarawak 4 hours ago
KETUA Polis Daerah Saratok…DSP Mathew Manggie

​SARATOK: Perbuatan tidak bertanggungjawab seorang lelaki penganggur membawa padah apabila dia ditahan polis selepas dipercayai merogol seorang remaja bawah umur sehingga hamil 35 minggu dalam kejadian di Kabong.

​Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie mengesahkan kejadian tersebut dan menyatakan bahawa suspek, seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun dari Sarikei, telah berjaya ditangkap.

​​Kejadian malang yang menimpa mangsa yang berusia 16 tahun 10 bulan itu terbongkar pada Jumaat lalu (22 Mei), apabila pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah itu hadir ke Klinik Kesihatan Nyabor, Kabong untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

​”Mangsa pada mulanya datang ke klinik kerana mengadu mengalami masalah kaki bengkak dan tidak didatangi haid selama lima bulan.

​”Bagaimanapun, hasil ujian saringan kehamilan yang dijalankan oleh seorang pegawai perubatan mendapati mangsa kini telah sarat mengandung 35 minggu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

​Susulan penemuan tersebut, pegawai perubatan berkenaan telah berbincang dengan Pakar Sakit Puan Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut sebelum tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kabong pada 5.43 petang hari yang sama.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa, yang merupakan anak kedua daripada dua beradik dan tinggal bersama ibu serta bapa saudaranya selain menetap di asrama sekolah sejak awal tahun ini, telah mengenali suspek sejak setahun lalu menerusi laman sosial Facebook.

​Siasatan lanjut mendedahkan mangsa mendakwa pernah melakukan hubungan seksual bersama suspek sekitar Oktober 2025 di kawasan Pantai Tanjung Kembang, Kabong.

​Bertindak atas maklumat, pihak polis telah menahan suspek yang berstatus bujang dan tidak bekerja. 

Hasil soal siasat awal, suspek mengaku pernah melakukan hubungan intim bersama mangsa sebanyak dua kali di lokasi pantai berkenaan.

​Kes kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur.

​Suspek telah dibawa ke Balai Polis Saratok dan ditahan di lokap untuk permohonan reman bermula semalam bagi membantu siasatan lanjut. 

DSP Mathew mengesahkan status kes kini dianggap selesai dengan tertangkapnya suspek utama.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Program Sarawakku Sayang Bintulu tarik lebih 30,000 pengunjung
Next: Naik taraf parit Rumah Plunga Atas Roban hadiah bermakna menjelang Gawai Dayak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.