Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • TH perkukuh budaya kebersihan dalam kalangan jemaah haji Malaysia
  • NASIONAL

TH perkukuh budaya kebersihan dalam kalangan jemaah haji Malaysia

Utusan Sarawak 6 hours ago
PROGRAM kebersihan anjuran TH bertujuan memastikan kesejahteraan dan keselesaan jemaah sepanjang musim haji. Foto Bernama

MAKKAH: Kempen Kebersihan Masyair yang dilaksanakan sejak 2017 dalam kalangan jemaah haji Malaysia terus diperkukuh pada musim haji tahun ini, bagi memastikan budaya menjaga kebersihan benar-benar dihayati.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata berkata kempen itu bukan sahaja bertujuan memastikan persekitaran penginapan dan kawasan ibadah sentiasa bersih, malah turut membentuk budaya hidup yang selari dengan semangat sebagai Duyufurrahman atau tetamu Allah.

“Alhamdulillah, kita telah melihat bagaimana jemaah haji Malaysia menunjukkan contoh dan teladan dengan menjaga kebersihan tempat penginapan serta kawasan Masyair.

“Tahun ini kita ingin memperkukuh lagi usaha tersebut. Kita mahu budaya kebersihan yang selari dengan semangat sebagai Duyufurrahman benar-benar dihayati, termasuk dalam aspek menjaga kebersihan, mengelakkan pembaziran dan mengamalkan penjimatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kebersihan Bangunan Penginapan Jemaah Haji di Makkah dan Program Kebersihan Masyair bagi musim Haji 1447H/2026M di sini hari ini.

Zulkifli berkata program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan TH dalam memastikan kebajikan, keselesaan dan kesejahteraan jemaah sentiasa diberi perhatian, khususnya dari aspek kebersihan, kesihatan dan persekitaran yang kondusif sepanjang berada di Tanah Suci.

Menurutnya, usaha itu juga selaras dengan aspirasi Kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan standard kebersihan dan pengurusan persekitaran di Tanah Suci menerusi Visi Saudi 2030.- Bernama

Continue Reading

Previous: Aidiladha ke Gawai, cuti panjang rai kepelbagaian budaya di Malaysia
Next: Kes gangguan seksual dalam talian, mangsa disaran simpan bukti digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.