Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lima peniaga rugi RM28,160 diperdaya tender palsu guna nama agensi kerajaan
  • JENAYAH

Lima peniaga rugi RM28,160 diperdaya tender palsu guna nama agensi kerajaan

Utusan Sarawak 6 hours ago

MIRI: Lima peniaga kecil di sini kerugian keseluruhan RM28,160 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran pesanan atau tender tidak wujud yang menggunakan nama agensi kerajaan.

Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) menerima lima laporan polis berkaitan kes tersebut semalam.

Menurutnya, kesemua mangsa merupakan peniaga kecil dalam bidang penjualan bunga dan hadiah yang diperdaya oleh suspek yang menyamar sebagai pekerja agensi kerajaan.

“Suspek menawarkan pesanan penghantaran ‘door gift’ kepada agensi terbabit sebelum meminta mangsa mendapatkan barangan tertentu yang bukan dalam bidang perniagaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Farhan berkata, suspek turut memberikan nombor telefon pembekal kononnya boleh membekalkan barangan berkenaan sebelum mangsa membuat tempahan dan pemindahan wang secara dalam talian ke akaun keldai.

“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas membuat semakan dengan agensi kerajaan terbabit,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran pesanan atau tender secara dalam talian yang menggunakan nama agensi kerajaan atau swasta.

Polis turut menggalakkan orang ramai membuat semakan nombor telefon dan akaun bank menerusi laman web Semak Mule sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Buruh tempatan miliki dadah diberkas
Next: Padah mengamuk minta wang dadah, suami ditahan belasah isteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.